KKM nafi Pusat Penilaian Covid sesak, tapi netizen bagi bukti keadaan penuh?

Sejak semalam tular isu membabitkan muat naik hantaran di laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung dengan penafian pihak mereka terhadap gambar yang dikongsikan oleh orang ramai yang memaklumkan bahawa  kehadiran individu disahkan positif Covid-19 adalah melebih 2,000 orang.

 

'Staf bertugas pun cakap benda sama'

Bagaimanapun, seorang pengguna Twitter dengan menggunakan nama @faizol_zaman menerusi muat naik hantarannya di platform tersebut memaklumkan bahawa dia merupakan salah seorang yang hadir ke CAC Stadium Shah Alam pada hari kejadian sekaligus telah membuktikan bahawa memang benar Stadium Malawati dibanjiri dengan pesakit yang disahkan positif.

 

 

Kongsi bukti CAC Shah Alam memang ramai

Menerusi perkongsian lain pula, pemilik akaun @michellengms turut berkongsi hal yang sama bahawa dia sendiri turut hadir ke Stadium Malawati dan melihat sendiri suasana di sana.

 

'KKM sembunyikan fakta?'

Susulan kejadian, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan tak kurang juga yang mempersoalkan tindakan pihak KKM berbuat demikian kerana mereka antara sumber rujukan orang ramai untuk memperoleh sebarang maklumat semasa tentang Covid-19.

 

'Kejap buka, kejap buka komen'

Dalam pada itu, tak dinafikan ramai yang mengecam perkara tersebut sehingga akhirnya muat naik hantaran tersebut telahpun dipadam oleh pihak KKM.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen