"Utamakan rakyat, segerakan vaksinasi..." Rakyat makin tertekan, ahli politik diminta tak pentingkan diri

Selain diselubungi kebimbangan serta keresahan terhadap situasi Covid-19 yang tak berpenghujung ini, secara sedar atau tak, masalah tekanan yang dialami oleh sebahagian besar rakyat juga meningkat sehingga kes bunuh diri terus mengungguli topik utama hampir setiap hari.

Beri keutamaan kepada rakyat

Menurut Penganalisis Politik Universiti Malaysia (USM) iaitu Profesor Dr Sivamurugan Pandian, keutamaan perlu diberikan kepada usaha menangani Covid-19, pemulihan dan menyegerakan vaksinasi.

"Bagi saya rakyat sudah berada di tahap tertinggi bosan, kecewa, marah melihat ahli politik ini seolah-olah lebih mengutamakan kuasa dan kedudukan daripada kepentingan rakyat kerana proses sekarang ini ialah proses di mana kita berhadapn dengan Covid-19 untuk melakukan pemulihan, segerakan vaksinasi."

-Dr Siva-

Ahli politik jangan pentingkan diri

Jelasnya, sekiranya ahli politik ketepikan kepentingan mereka dan rasa ada tanggungjawab terhadap rakyat, simbolik bendera putih tak akan muncul.

"Jika masing-masing boleh ketepikan kepentingan mereka, merasakan ada tangungjawab bersama rakyat, saya pasti simbolik bendera putih tak akan muncul dan apabila bendera putih muncul seolah-olah rakyat jaga rakyat."

"Ini apabila dilihat mereka mengutamakan kepentingan mereka daripada keperluan kemahuan dan membaca pemikiran rakyat di mana yang harus dibantu. diberi keutamaan ini merupakan satu pengajaran."

-Dr Siva-

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan agar ahli-ahli politik lebih berhati-hati dalam membuat keputusan ketika krisis nasional sedang melanda.

"Ini kerana setiap keputusan dibuat akan menzahirkan kebimbangan dan keresahan rakyat tentang apakah matlamat sebenarnya ahli politik."

-Dr Siva-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen