Melalut ketika jadi MC, netizen Indonesia up semula video lama Nia Ramadhani

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam, rakyat Indonesia dan juga Malaysia menjadi kecoh apabila pelakon dan model terkenal, Nia Ramadhani bersama suaminya ditahan polis atas dakwaan penyalahgunaan dadah jenis syabu.

Malah, aktres tersebut dan suaminya, Ardi Bakrie turut mengaku bahawa mereka telah mengambil dadah jenis syabu sejak lima bulan yang lalu.

Nampak melalut masa jadi MC

Sehubungan itu, netizen dari negara jiran telah memuat naik kembali akan rakaman lama ketika Nia mengendalikan acara TikTok Award Indonesia 2020 bersama Raffi Ahmad.

Menerusi rakaman video tersebut dapat dilihat bahawa petuturan Nia seakan melalut dan sukar difahami. Malah, dia juga dilihat tidak keruan hingga gagal menjalankan tugas sebagai pengacara dengan baik.

Reputasi tercalar

Selepas mendapat kecaman akan isu tersebut Nia mengaku bahawa dirinya terlalu gemuruh saat bersiaran langsung, namun disebabkan kejadian tersebut, reputasinya sebagai artis popular tercalar selain netizen melebalkan dirinya sebagai tidak profesional ketika berkerja.

Kesan sampingan rupanya

Video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter itu mendapat perhatian ramai selain turut mendakwa bahawa aktres itu ‘high’ kerana pengambilan syabu.

Lebih menguatkan lagi dakwaan netizen apabila anugerah terserbut berlangsung pada 30 Januari 2021.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen