Alami masalah peribadi, lelaki kunci diri dalam tandas sebelum terjun dari tingkat lapan

Oleh: Zuzu Yasmine

Bertindak mengunci diri sendiri dalam tandas, seorang lelaki maut selepas terjun dari tingkap tandas wad 8B, tingkat lapan Hospital Enche besar Hajjah Khalsom, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Low Hang Seng, mangsa Lim Sweet Peng, 55, sebelum itu, memberitahu kakitangan bertugas untuk ke tandas sebelum bertindak mengunci dirinya sendiri dalam tandas berkenaan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa dimasukkan ke hospital berkenaan Isnin lalu kerana menghidap masalah ulser usus dan menjalani pembedahan pada hari yang sama.

Katanya, hari ini mangsa meminta keluar wad dan pihak hospital memberi kebenaran mangsa keluar hospital pada sebelah petang.

"Sementara menunggu proses keluar wad, mangsa memberitahu hendak pergi tandas (di tingkat lapan hospital itu).

"Mangsa masuk ke tandas dan mengunci pintu dari dalam tandas serta memecahkan cermin tingkap tandas. Mangsa kemudian terjun (membunuh diri)," katanya.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat si mati telah dibawa ke unit forensik Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom Kluang.

Low berkata, pemintaan bedah siasat dikeluarkan kepada pegawai perubatan untuk tentukan sebab kematian mangsa.

Difahamkan juga, mangsa bukan pesakit Covid-19 dan punca sama ada mangsa mengalami masalah peribadi hingga nekad terjun sehingga kini masih dalam siasatan pihaknya.

Sehubungan itu, video dan gambar mangsa yang sudah terbaring dan diuruskan kakitangan hospital tular di laman sosial dan mendapat simpati masyarakat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen