"Tuduh ibu mentua guna sihir & halang suami jumpa keluarga?" - Bekas adik ipar dedah 'perangai' sebenar Fiza Halim?

Oleh: Zuzu Yasmine

Kecoh di media sosial hari ini tentang bekas anggota kumpulan Elite dan juga pelakon, Fiza Halim yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga seseorang.

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna laman Twitter dikenali sebagai Afrina Farzana yang turut mengakui sebagai bekas adik ipar kepada Fiza.

Untuk makluman, dua bulan lalu Fiza telah berpisah buat kali ketiga dengan bekas suaminya Aizat Al Jefri menerusi Whatsapp.

Fiza jadi orang ketiga?

Menurut Afrina, perkahwinan Fiza dan Aizat berlaku ketika abangnya masih lagi berstatus suami orang dan memiliki seorang anak.

Tak hormat keluarga mentua?

Katanya, selepas perkahwinan mereka, abangnya banyak berubah dan Fiza juga seakan tidak menghormati keluarga suaminya.

Malah, Afrina turut mendedahkan bahawa ketika abangnya tidak dapat berkerja selama tiga bulan disebabkan terpaksa melakukan pembedahan, pelakon berkenaan banyak mengeluh dan memburukan suaminya sendiri.

Tiba-tiba kata nak bercerai

Kata Afrina, selepas lima bulan berkahwin abangnya mula tersedar dan meluahkan hasrat untuk bercerai kepada keluarganya sewaktu bercuti. Tambahnya, pada ketika itu Aizat seakan menyedari bahawa dia sudah menikahi wanita yang salah selain rasa bersalah terhadap ibunya.

Abang hilangkan diri

Tak hanya itu, Afrina turut menyatakan bahawa selepas pengakuan dari Aizat, abangnya itu tiba-tiba menghilangkan diri dan langsung tidak ingat kepada keluarganya. Namun, mereka sekeluarga terkejut apabila mengetahui Fiza sedang sarat hamil selepas itu.

 

Tuduh ibu mentua guna sihir

Walaupun begitu, ibu mentua Fiza masih lagi memberi layanan yang baik malah siap membelikan cucunya Aleena seutas rantai emas namun dikatakan dijual pula oleh Fiza dengan alasan ada benda yang tidak elok.

Berpisah kerana suami dah tak kerja

Bagaimanapun, hubungan Fiza dan suami menjadi renggang dan akhirnya berpisah selepas suaminya kehilangan kerja kerana pandemik melanda.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen