Padah curi masuk kawasan PKPD untuk ziarah nenek, wanita kini diburu polis

Oleh: Zuzu Yasmine

Gara-gara menyusup masuk melepasi kawad duri di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD, seorang wanita kini sedang dicari polis.

Menerusi laporan Harian Metro, kejadian dipercayai berlaki di PPR Taman Bukti Antarabangsa Pantai Dalam selepas video akan kejadian tersebut tular di media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar, laporan polis sudah dibuat jam 10.51 malam tadi berkaitan video memaparkan wanita menyusup ke kawasan PKPD.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati video berdurasi kira-kira 30 saat itu dikesan jam 9 malam tadi oleh pegawai kanan polis ditugaskan menjaga kawasan PKPD berkenaan.

"Suspek di dalam video ini memakai baju warna gelap dan seluar putih dilihat menyusup masuk seorang diri ke dalam kawasan PPR itu melalui pagar berduri jenis dawai besi yang diletakkan di sekeliling blok.

"Saksi awam yang memuat naik video berkenaan di media sosial mengaku merakamkan video ini pada jam 6.15 petang," katanya.

Anuar berkata, suspek disyaki menetap di Puchong yang mana dia dipercayai masuk ke dalam kawasan PKPD untuk menziarahi neneknya.

"Usaha mengesan individu terbabit sedang giat dijalankan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.

"Orang awam dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular ini bimbang mewujudkan kegusaran orang awam dan hendaklah mematuhi semua peraturan yang ditetapkan kerajaan," ujarnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen