Gara-gara cemburu, suami sanggup tikam isteri sebelum ditemui maut gantung diri

Cemburu berlebihan seorang suami terhadap isteri akhinya membawa padah apabila dia ditemui maut dalam keadaan menggantungkan dirinya selepas bertindak menikam isteri sehingga mati.

Kejadian dilaporkan oleh anak mangsa

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang iaitu Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra'ais, kejadian tersebut disedari anak lelaki pasangan berusia 28 tahun sebelum menghubungi polis pada sekitar jam 3 petang untuk tindakan susulan.

"Polis kemudian ke lokasi untuk membuat pemeriksaan dan menemui mayat seorang wanita dalam keadaan berlumuran darah di atas katil manakala suaminya ditemui tergantung di bahagian dapur rumah teres berkenaan."

-Ketua Polis-

Mayat isteri terdapat 3 tikaman 

Dalam kejadian, polis menemui sebilah pisau yang dipercayai telah digunakan suami berusia 65 tahun itu untuk menikam isterinya dan pemeriksaan ke atas mayar wanita terbabit, terdapat tiga kesan tikaman di bahagian leher, dada dan perut.

"Hasil pemeriksaan dalam bilik tidur itu menjumpai sebilah pisau yang dipercayai digunakan lelaki berusia 65 tahun untuk isterinya yang berusia 54 tahun sehingga wanita itu maut akibat kecederaan parah."

-Rahimi-

 

Susulan insiden, Ketua Polis memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham akibat cemburu antara suami isteri berkenaan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen