"Tiada masalah kesihatan..." -Ibu dedah arwah anak kerap mengadu alami tekanan ketika belajar

Dipercayai alami tekanan belajar, salah seorang penuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dilaporkan meninggal dunia selepas didapati pembuluh darahnya pecah.

Hal demikian juga dikatakan terkait dengan tekanan belajar yang dialami oleh arwah sehinggakan dia sering mengadu sakit kepala yang amat teruk sekaligus menyebabkan sawan.

Kerap mengadu alami tekanan emosi

Memetik akhbar Utusan berhubung kematian tersebut, ahli keluarga kepada Nur Natasha Azreen Azemi memaklumkan bahawa anaknya sebelum ini tidak mengalami masalah kesihatan selain kerap mengadu mengalami tekanan emosi.

Menurut ibu pelajar berkenaan yang dikenali sebagai Zuraimi berkata bahawa sejak enam bulan lalu, anak keduanya itu kerap memaklumkan masalah yang dihadapi kepadanya dan suami, Azemi.

"Arwah anak saya tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum ini, tetapi sejak kebelakangan ini sering mengadu sakit kepala kerana bebanan belajar."

-Zuraimi-

Berkongsi lanjut, Natasha dikatakan didapati pengsan di rumah sewanya semasa sedang menyiapkan kerja kursus pada jam 3 pagi dan terus dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Kali terakhir jumpa 6 bulan lalu

Susulan kejadian, Azemi yang merupakan bapa kepada Natasha meluahkan rasa sebaknya apabila tidak berkesempatan untuk bertemu dengan anaknya buat kali terakhir.

Jelasnya, kali terakhir mereka jumpa arwah adalah enam bulan lalu.

"Kami tidak sempat bertemu dengannya sehinggalah dia menghembus nafas terakhir pada petang Jumaat selepas 11 jam diberikan rawatan di hospital itu.

"Kami kali terakhir bertemu dengannya enam bulan lalu ketika dia pulang menjenguk kami di rumah."

-Bapa-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen