Beratur terlalu lama, pesakit di CAC Stadium Malawati jatuh pengsan

Oleh: Zuzu Yasmine

Tular beberapa video akan orang ramai di Pusat Penilaian Covid-19 di Stadium Malawati hari ini dipercayai untuk membuat penilaian kesihatan selain turut melakukan pemotongan gelang.

Jatuh pengsan

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, Norfazilah menjangkakan bahawa pusat penilaian tersebut akan menerima peningkatan pesakit luar biasa iaitu mencecah lebih 3000 hari ini.

Dalam video lain yang turut dimuat naik oleh wartawan TV3 itu memaparkan petugas kesihatan berlari membawa pesakit yang dipercayai telah jatuh pengsan ketika sedang beratur menunggu giliran dan terpaksa dibawa masuk ke pusat penilaian itu.

Untuk makluman, pusat penilaian tersebut merupakan yang terbesar di negeri Selangor yang menempatkan kes-kes di daerah Petaling Jaya selain menerima pesakit daripada luar.

Dapat rasa keletihan tu

Sehubungan itu, menerusi ruangan komen, warganet turut berkongsi beberapa kawasan pusat penilaian yang dilihat ramai orang beratur menunggu giliran masing-masing.

Selain itu, warganet juga bersimpati akan pertugas kesihatan yang terpaksa berlari dengan baju PPE dan sebak memahami keletihan yang dialami oleh mereka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen