"Kasih guru hingga akhir hayat..." - Lama tunggu cikgu 'online', 20 pelajar 'temukan' guru meninggal dunia di rumah

Seorang guru Matematik di Melaka ditemui meninggal dunia di rumahnya pada pagi ini. Kejadian tersebut disedari oleh 20 pelajar tingkatan lima apabila guru tersebut tidak memuatnaik soalan Matematik di dalam talian. 

Pelajar berkenaan yang dijadualkan menduduki peperiksaan penggal pada jam 10 pagi ini menghubungi guru tersebut namun tidak dijawab, menyebabkan mereka menghubungi guru lain.

 

Gagal hubungi guru terbabit

 
 

Suami keluar rumah sejak petang semalam

Menurut sumber, isterinya memaklumkan suaminya keluar rumah sejak petang semalam ke sebuah lagi rumah mereka di Taman Lendu Ilmu, berhampiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah.

Curiga kerana guru yang dikenali sebagai Cikgu Noazha bin Baba tidak dapat dihubungi, guru sekolah yang lain bergegas ke rumah guru tersebut. 

"Mereka memanjat pagar sebelum memanggil arwah tetapi tiada jawapan dan mereka mendapati pintu gelongsor tidak berkunci dari dalam manakala jeriji pintu berkunci. Sebaik sahaja pintu gelongsor dibuka, mereka amat terkejut apabila melihat arwah kaku di atas sofa di ruang tamu sebelum menghubungi polis dan bomba," katanya.

 

Sering ke rumah satu lagi bagi PDPR

Allahyarham Cikgu Noazha bin Baba merupakan seorang guru di SMK Ghafar Baba dan telah mengajar selama 15 tahun di sekolah berkenaan.

Difahamkan juga, isteri arwah memaklumkan, arwah suaminya sering menyelesaikan kerja berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di rumah taman berkenaan.

"Isteri arwah memaklumkan lazimnya arwah suaminya pulang pada sebelah malam selepas menyelesaikan kerja tetapi malam tadi arwah tidak balik dan usaha menghubungi telefon bimbitnya tidak berhasil," kata sumber itu.

 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, anggota polis menunggu Pembantu Perubatan Hospital Alor Gajah yang lengkap dengan peralatan perlindungan diri (PPE) memeriksa mayat mangsa sebelum membawanya ke hospital berkenaan.

Setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan beliau meminta orang ramai tidak membuat spekulasi punca kematian mangsa.

Anda masih keseorangan?

963,282 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen