Jari dah berinai, gadis menangis 'call' bakal suami tak berangkat

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita mana yang tidak bahagia apabila dirinya bakal menjadi isteri kepada seseorang yang telah lama dikenalinya. Lebih-lebih lagi apabila segala persiapan telah siap dilakukan malah tinggal tunggu beberapa hari lagi untuk bergelar sebagai suami isteri.

Bakal suami tak muncul

Bagaimanpun, lain pula dengan nasib yang menimpa seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @sulongnakal90_ ini, apabila bakal suaminya tidak munculkan diri secara tiba-tiba menjelang hari pernikahan mereka.

Menerusi video yang dimuat naik, dapat dilihat segala persiapan seperti barang hantaran, baju nikah serta inai di jari juga telah tersedia malah hanya tinggal waktu untuk menyatukan dia bersama pasangannya.

Dah call banyak kali tak diangkat

Difahamkan gadis berkenaan sempat membuat live dan dirakam oleh pengguna TikTok lain yang dikenali sebagai @milachantika4 yang menyatakan bahawa dirinya telah cuba menghubungi lelaki berkenaan berulang-ulang kali, namun tidak diangkat.

Menangis dengan baju nikah

Sehubungan itu, pengguna TikTok dikenali sebagai @akakcantikkk turut memuat naik video gadis berkenaan yang lengkap memakai pakaian nikah sambil menangis mengenangkan bakal suami yang tidak mucul pada hari pernikahan mereka.

Reda dengan apa yang berlaku

Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, namun gadis berkenaan reda selain tidak menolak jika masih ada jodoh bersama dengan lelaki berkenaan lagi.

Semoga gadis berkenaan tabah dengan apa yang berlaku dan bertemu jodoh dengan seseorang yang lebih menghargainya selepas ini.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen