Hikmah video tersebar, cucu & nenek bersatu kembali selepas 20 tahun terpisah

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak beberapa hari lalu, tular akan kisah seorang nenek berusia 87 tahun yang berniaga di Pasar Siti Khadijah dan pelbagai cerita terbongkar selepas itu.

Malah suami kepada nenek tersebut, Abdullah Jusoh, 66 menafikan yang mereka hidup susah sehingga tidak mampu untuk membeli keperluan makanan selain menjelaskan bahawa isterinya berniaga disebabkan hobi bukan meminta simpati.

Perkara tersebut didedahkan oleh penghulu tempat Che Munah Che Man tinggal yang mendakwa warga emas berkenaan pernah tular dan mengutip RM200,000 daripada sumbangan diberikan.

Bertemu dengan cucu kembali

Terbaru, berkat video yang tular, Che Munah dikatakan telah bertemu dengan cucu kandungnya yang telah terpisah lebih daripada 20 tahun.

Hal tersebut didedahkan menerusi channel Youtube Cerita Rakyat, yang memaparkan rakaman pertemuan antara cucu dan nenek yang mengudang sebak selepas si cucu berulang kali memperkenalkan dirinya.

Sehubungan itu, pengguna Facebook dikenali sebagai Umie Tuyut meminta orang ramai supaya berhenti menularkan video berkenaan Che Munah kerana masing-masing sudah memberi penjelasan.

Dia juga berharap agar orang ramai memahami keadaan warga emas terutama apa yang diperkatakan olehnya kadang kala tidak sama dengan fakta sebenar disebabkan faktor usianya.

Serah kepada keluarga nenek

Dalam pada itu, Umie Tuyut juga memaklumkan bahawa segala pengurusan mengenai Che Munah selepas ini akan diserahkan kepada keluargnya bagi membuat keputusan untuk memastian kebajikan warga emas itu terjaga.

Selain turut memaklumkan bahawa Che Munah telah bertemu kembali dengan cucu kandungnya dan pertemuan tersebut turut disertakan dalam video TikTok Umie Tuyut.

Sebelum ini tular akan video seorang warga emas sedang berjualan nenas di pinggir Pasar Siti Khadijah telah mendapat perhatian ramai.

Malah, keadaan menjadi hangat apabila penghulu kampung tempat warga emas itu tinggal telah memaklumkan hal sebenar dan suaminya Abdullah Jusoh juga menafikan mereka hidup susah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen