Instagram kena 'block' dengan Ebit Lew, Caprice nak bongkar apa 21 Julai 2021 nanti?

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak beberapa hari lalu tular di media sosial akan kemelut yang melanda penyanyi rap Caprice berserta pendakwah kesayangan ramai, Ustaz Ebit Lew di media sosial.

Lebih mendebarkan netizen apabila Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli mula memberi beberapa bayangan akan pendedahan yang bakal dilakukan pada 21 Julai 2021 nanti.

Cari tempat selamat?

Menerusi posting Instagram miliknya, Caprice turut memberitahu bahawa dia sudah mencari tempat yang selamat untuk membuat siaran langsung berhubungan perkara tersebut.

Misi di Gaza?

Sehubungan itu, influencer berkenaan seakan memberi bayang akan kejadian berhubung misi kemanusiaan yang dilakukan di Gaza baru-baru ini terutama berkenaan gambar yang diambil semasa team Ebit Lew memberikan bantuan.

Dah tegur secara peribadi

Dalam pada itu, Caprice juga memaklumkan bahawa pihaknya telah menegur secara peribadi menerusi aplikasi WhatsApp namun tidak dibalas oleh pihak ustaz.

Diblock di Instagram

Malah, dia juga meluahkan rasa sedih apabila telah diblock di Instagram berhubung teguran secara peribadi terhadap pendakwah berkenaan.

Walau bagaimanapun, sama-sama kita tunggu Influencer berkenaan menjelaskan keadaan sebenar menerusi live di Instagramnya pada 21 Julai 2021 nanti.

Semoga kemelut yang melanda antara dua-dua pihak ini tidak berpanjangan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen