Tak putus van jenazah pesakit Covid-19 masuk ke tanah perkuburan, buat ramai sebak

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam tular di media sosial akan sebuah video memaparkan deretan van membawa jenazah dipercayai persakit Covid-19.

Berdasarkan data yang dikongsikan semalam oleh laman Twitter @KKMPutrajaya, seramai 115 kes kematian baru yang membawa 6,728 jumlah kes kematian pesakit Covid-19 di negara ini.

Lapan van jenazah tiba serentak

Justeru itu, video yang dimuat naik oleh Bernama telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata bersimpati dan sedih melihat keadaan sebegitu berlaku di Malaysia.

Menerusi video tersebut dapat dilihat lapan van membawa jenazah diiringi anggota polis tiba di pintu pagar utama tanah perkuburan sebelum melakukan tugas pegebumian.

Turut kelihatan dalam video tersebut dipercayai orang awam yang berkemungkinan ahli keluarga mangsa pesakit Covid-19.

Difahamkan, video yang tular itu dipercayai berlaku di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 yang pastinya tidak berlaku seperti hari biasa.

Memetik laporan Bernama, menurut seorang penggali kubur di tanah perkuburan itu, sejak pagi hingga 5 petang semalam, sebanyak 14 jenazah pesakit Covid-19 telah selesai dikebumikan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Allah, sayu tengok

Sehubungan itu, rata-rata warganet turut bersimpati akan keluarga yang kehilangan insan tersayang selain turut sedih melihat keadaan sebegini.

Takziah buat keluarga

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen