Pemuda dakwa ada bukti rakaman Caprice mencarut di Surau. Bukan sekadar sembang kosong.

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan kemelut yang melanda antara penyanyi rap, Caprice dan juga ustaz Ebit Lew, kini giliran seorang pemuda dikenali sebagai Redha Zaini yang dipercayai menetap di Cairo pula tampil mendedahkan kebenaran.

Difahamkan, pemuda berkenaan turut membantu Ustaz Ebit dan pasukan semasa mereka menetap di Mesir sebelum menyempurnakan misi di Gaza.

Ucap kata kesat?

Menerusi IG Live di Instagram Redha, dia berkongsi sedikit kisah yang berlaku semasa dirinya bertemu dengan Caprice.

Katanya, dia agak terkejut apabila Caprice pernah mengeluarkan kata kesat semasa mereka sedang berbincang dan ketika itu berada di surau.

“Sebenarnya dekat depan aku dia f*** you bro, dekat dalam surau,” ujarnya.

Sehubungan itu, dia mengingatkan orang ramai agar tidak mempercayai seseorang hanya dengan melalui media sosial sahaja.

Tambahnya, dia berpendapat bahawa penyanyi rap itu tidak berpuas hati akan gambar dan kaitkan perkara tersebut dengan isu politik kotor.

Mencarut di surau, minta telefon tujuan simpanan

Menurut video live di Instagram antara Redha Zaini dan Arief Farhan, Redha Zaini mendedahkan bahawa semasa perjumpaannya bersama Caprice di Mesir, aktivis itu memintanya memberikan telefon bimbit untuk tujuan simpanan.

 

Ketika di dalam surau, pemuda ini mendakwa Caprice telah mencarut di surau di hadapan pelajar Mesir ini secara 'gangster' sehingga perlu ditenangkan oleh orang lain. 

Redha Zaini juga mendakwa ada menyimpan video aktivis tu mencarut di surau, namun belum didedahkan pada umum. 

Malah pemuda berkenaan turut berpendapat agar penyanyi rap tersebut tidak perlu memburukkan nama mana-mana pihak dan perlu memahami akan isu yang berlaku dengan sebaiknya.

Terpaksa buat IG baru

Bagaimanapun, difahamkan akaun Instagram pemuda berkenaan telahpun lenyap hingga terpaksa membuat satu akaun Instagram yang baru.

Nampaknya isu ini semakin panas dan membuatkan netizen semakin tertanya-tanya.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen