'Request' air zam-zam pada Caprice, Zizan mohon Shukri Yahya tengok balik Jejak Rasul!

Oleh: Bella Bahrin

Malam semalam kecoh di laman sosial berikutan video live IG Caprice dan Sharnaaz Ahmad tentang pendedahan yang akan personaliti media sosial itu laporkan pada 21 Julai ini. 

Walau bagaimanapun selepas video live tersebut, pelakon Sharnaaz Ahmad telah membuat IG live bersama rakan artis iaitu Shukri Yahya, Zizan Razak dan Hairul Azreen di laman Instagram, mengupas tentang isu terbabit.

Mintak Caprice balik bawa Patung Firaun

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah video live antara pelakon tersebut yang bergurau tentang Caprice, meminta Instafamous itu membawa buah tangan untuk mereka setibanya di Malaysia. 

"Caprice tolong beli patung Firaun, boleh?"

Permintaan tiba-tiba Zizan yang meminta Caprice belikan patung Firaun buatnya memecahkan gelak tawa Shukri Yahya, Sharnaaz Ahmad dan Hairul Azreen. 

Syukri Yahya juga menyahut permintaan Zizan itu untuk mengirimkan air zam-zam buatnya juga. 

"Caprice, belikan air zam-zam jugak ye!" ujar Shukri Yahya.

"Air zam-zam tu kat Mekah.Jangan macam ni Shuk, tak tengok Jejak Rasul ke?" ujar Zizan

 

Berdekah weh tengok korang ni!

Ternyata video IG live tersebut telah mengundang tawa ramai, yang tertawa melihat aksi spontan pelakon tersebut. 

Rambut Shuk tu, paling lejennn!

 

Seronok eh bahan! Korang ni!

Hilang stress aku tengok korang!

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen