PA Ebit Lew tampil jawap segala tuduhan Caprice, nafi melutut & cium kaki menteri Gaza

Oleh: Zuzu Yasmine

Masih hangat lagi isu antara penyanyi rap, Caprice dan juga Ustaz Ebit Lew yang didakwa berkaitan dengan misi kemanusiaan di Gaza baru-baru ini.

Kini, giliran pembantu perbadi Ustaz Ebit Lew yang tampil menafikan segala tuduhan yang dilemparkan ke atas majikannya terutama berkaitan pendakwah berkenaan melutut dan mencium kaki Menteri Gaza seperti didakwa Caprice kepada Datuk Seri Hishamuddin.

PA jelaskan apa yang berlaku

Dikenali sebagai Arief Farhan, dia menyatakan tidak memahami mengapa Caprice seakan tidak melemparkan kata-kata sindirian kepada majikannya.

Menerusi IG live bersama salah seorang pelajar Malaysia di Mesir, Arief Farhan menceritakan hal sebenar di gaza dan apa yang membuatkan influencer tersebut berasa tidak berpuas hati.

“Semua orang tahu susah nak masuk ke Gaza. Hari pertama kami sampai di Mesir, kami terus pergi ke kedutaan Malaysia di Cairo dan orang kedutaan sendiri beritahu dia tak dapat tolong. Lepas seminggu di sana, Caprice ada mesej ustaz, dia ajak ustaz untuk joindia pergi ke Gaza. Caprice masa tu mengikuti rombongan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Kebajikan UMNO Malaysia yang selalu masuk ke Gaza. Tapi masa tu ustaz tak balas sebab kami semua tengah tension, stress hari-hari menunggu untuk masuk Gaza. Kami hari-hari tawakal buat bacaan Yasin, solat hajat, qiamulail.


“Lepas dua minggu di Mesir, kami hantar nama kepada kerajaan Mesir untuk masuk Gaza. Keputusan keluar seminggu lepas tu yang menyatakan kami lulu. Masa tu Caprice dah sampai Mesir, dia ada mesej ustaz kata nak ikut ustaz sekali. Tapi ustaz tak boleh buat apa sebab nama semua dah submit. Tapi lepas tu kita dapatkan lagi satu kelulusan iaitu daripada pihak tentera urusan menjaga keselamatan.”

“Hari ke-34, barulah dapat surat untuk masuk Gaza daripada tentera. Isu Caprice ni timbul bila ustaz dah balik dari Gaza. Sampai Mesir, Caprice ajak jumpa. Dia datang berborak dengan ustaz, ustazkongsi la dapat anugerah Duta Muhibah daripada kerajaan Gaza. Ustaz kongsi cara nak masuk, bagi tips dan semangat. Tapi bila ustaz ajak makan dia menolak,” jelas Arieffarhaz di IG live.

Mulanya isu sindir

Jelas PA Ebit Lew lagi, isu ini mula tercetus apabila Caprice mula memuat naik IG Story seolah-olah menyindir majikannya.

“Bila dah balik Malaysia, bermulalah dia kongsi pasal ‘kopiah putih, cash is king’. Tapi masa tu kami tak fikir apa-apa, tak tahu dia tuju kat siapa. Lepas tu kaitkan pulak isu ‘acah jadi hero’ tapi masa ni ustaz bersangka baik, mungkin dia tuju pada orang lain. Lepas tu dia dah bagi hint banyak sampailah dia post pasal toys. Situ je dah mengesahkan yang dia menyindir ustaz.


“Lepas tu dia hantar mesej panjang kat ustaz yang pasal dah seminggu dia nak tegur ustaz tu. Ustaz pun manusia biasa ada emosi, ada perasaan. Bila dia sebut pasal ayah, ustaz memang sedih la sebab ayah dia tengah sakit tenat masa tu.

“Pasal isu gambar, ustaz pergi Gaza nak bagi misi bantuan. Tak kan ustaz nak pergi jumpa orang kaya. Mestilah pergi jumpa orang miskin, orang susah. Kenapa Cap nak persoalkan benda tu? Rumah-rumah tu dipilih oleh Palestin Red Cresent, buknnya kita main terjah. Dia cakap orang Gaza marah ustaz. Bukan ustaz je ambil gambar budak-budak tu. Isu Palestin-gaza ni dah lama, sebelum ustaz, dah beribu orang ambik gambar budak-budak tak ada kaki, tak ada tangan. Tapi ustaz bagi patung je, terus kena,” jelasnya.

Tambahnya Arief, rasa desperate nak masuk Gaza punca pihak berkenaan bertindak sedemikian rupa hingga sanggup menikam belakang Ebit Lew.

Tak ada isu melutut

Dalam pada itu, isu Ebit melutut dan mencium kaki menteri luar Gaza untuk keluar daripada Gaza, Arief menafikan perkara tersebut.

“Isu ustaz melutut depan menteri luar Gaza ni, saya tak nampak langsung ustaz melutut, cium kaki macam yang Cap cakap. Saya takut terlepas pandang, saya tanya ustaz sendiri betul ke apa yang Cap cakap ni, ustaz kata takada. Ustaz tak akan buat macam tu, saya tahu ustaz macam mana,” katanya lagi.

Sebut pasal ayah punca kena block

Berkenaan isu block pula, Arief menyatakan bahawa pihak tersebut telah menyakiti hati ustaz dengan menyebut mengenai ayah ustaz selain turut menuntut ustaz untuk lakukan pemohonan maaf secara terbuka kepada penduduk Gaza.

Untuk makluman, pada 21 Julai 2021, Caprice telah memuat naik poster di Instagramnya dengan memaklumkan akan melakukan pendedahan berkaitan isu misi kemanusiaan di Gaza.

Malah, Caprice mendakwa bahawa pendedahan tersebut akan mengejutkan banyak pihak dan ia melibatkan keselamatannya jika pulang ke Malaysia nanti.

Diharapkan hubungan keadua-dua pihak ini kembali jernih dan segala salah faham yang berlaku tidak menjejaskan nama negara.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen