"Saya ingat semua tentang awak..." - Tiga tahun bercerai, wanita terkejut jumpa bekas suami di PPV

Oleh: Zuzu Yasmine

Pelbagai ragam dapat dilihat mereka yang mengambil suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ditetapkan susulan peningkatan kes Covid-19 semakin meningkat di negara ini.

Malah, ramai juga yang berkongsi kisah dan pengalaman mereka sewaktu menerima suntikan vaksin. Ada yang memakai kostum dinosur ada pula yang bertemu jodoh di PPV.

Kembali bertemu di PPV

Bagaimananpun, lain pula dengan kisah wanita bernama Alia Nur Shafira ini yang berkongsi cerita apabila bertemu bekas suaminya yang sudah lama terpisah sejak tiga tahun yang lalu.

Difahamkan, kini bekas suaminya bertugas sebagai salah seorang sukarelawan di sebuah PPV yang terletak di Selangor.

Masih ingat maklumat peribadi

Video pertemuan pasangan ini telah menjadi tular di laman Twitter apabila kata-kata yang dikeluarkan oleh bekas suami wanita berkenaan menjadi perhatian warganet.

“Perlukan ic tak ? Tak perlu, saya ingat semua tentang awak,” kata lelaki itu saat ditanya oleh bekas isteri.

Walaupun sudah tidak sebumbung, lelaki berkenaan masih mengingati segala maklumat peribadi bekas isterinya apabila dia membantu mengisi borang pengambilan vaksin di kaunternya.

Nampak macam masih sayang

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet seakan turut terasa sebak malah ada juga yang tertanya-tanya mengapa pasangan ini berpisah.

Apa perasaan lelaki tu ek?

Kenapa dia orang boleh berpisah?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen