“Kami dapat surat kebenaran polis..” -Kenderaan masuk Kelantan bertambah, buat netizen bengang

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam, beberapa mukim di Selangor telah pun ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), namun aktiviti merentas negeri masih lagi tidak dibenarkan di seluruh negara.

Namun begitu, kemasukan kenderaan di Kelantan dari arah utara menerusi Jalan Gerik- Jeli bertambah lima peratus sejak semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah pertambahan kenderaan masuk ke negeri ini dari arah utara iaitu Perak, Kedah dan Perlis.

Katanya, kenderaan di pintu masuk di sekatan jalan raya (SJR) Gua Musang dan SJR Pasir Puteh tidak mengalami pertambahan berikutan warga kota tidak pulang ke kampung.

"Mereka yang masuk ke negeri ini ada alasan kerana mempunyai surat kebenaran daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kebanyakan mereka ada surat termasuk mahu menziarahi kematian ahli keluarga, ziarah keluarga yang sakit dan cucuk vaksin Covid-19," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Tambahnya, di bandar utama seperti Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat dan Machang turut berlaku pertambahan sebanyak 15 peratus sejak semalam.

"Pertambahan kenderaan di bandar utama ini kerana orang ramai keluar untuk membeli barang keperluan bagimenyambut Aidiladha.

"Kenderaan di bandar utama ini adalah membabitkan penduduk tempatan atau dari daerah yang sama sahaja," ujarnya.

Sehubungan itu, menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @fyzuladzwan memaparkan puluhan kenderaan sedang beratur di SJR bagi menunjukkan surat pemohonan rentas negeri.

Mana dapat surat pelepasan?

Justeru itu perkara tersebut juga menjadi perdebatan dalam kalangan netizen malah ada juga yang kesal akan sikap pentingkan diri segelintir masyarakat.

Degil betul dia orang ni

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen