Tular lebuhraya sesak, Ketua Polis Negara tegas tiada kebenaran rentas negeri hingga 21 Julai

Berikutan tular beberapa keping gambar yang menyaksikan keadaan lebuhraya agak sesak sejak kebelakangan ini didapati menggunakan dokumen yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan industri (MITI) bagi melakukan aktiviti rentas negeri.

'Tiada kebenaran rentas negeri pada 18 hingga 21 Julai'

Memetik akhbar Harian Metro, Ketua Polis Negara iaitu Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menegaskan bahawa dokumen berkenaan adalah tidak dibenarkan diguna untuk tujuan merentas negeri bagi tempoh 18 sehingga 21 Julai ini.

Hal ini adalah bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan kebenaran dokumen rentas negeri untuk tujuan pulang ke kampung bersempena Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

"Bagi mengelakkkan pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kebenaran surat MITI sebagai kelulusan merentas negeri untuk sambutan Aidiladha, semua anggota di sekatan jalan raya di sempadan diarah untuk tidak menerima dokumen berkenaan."

-Acryl Sani-

Temu janji vaksin atau urusan kecemasan masih dibenarkan

Bagaimanapun jelasnya, bagi urusan kecemasan dengan kebenaran polis serta urusan kesihatan termasuk temu janji vaksinasi adalah dibolehkan.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan agar mana-mana pihak tidak melanggar larangan tersebut kerana tindakan tegas bakal diambil tanpa kompromi di samping menasihati agar masyarakat main peranan dalam membantu usaha kerajaan menlandaikan jangkitan Covid-19.

,u=t.createElement(n),u.async=!0,u.src='//static.ads-twitter.com/uwt.js', a=t.getElementsByTagName(n)[0],a.parentNode.insertBefore(u,a))}(window,document,'script'); // Insert Twitter Pixel ID and Standard Event data below twq('init','o0ge8'); twq('track','PageView');