Sanggup ambil pil hormon nak jadi perempuan, pemuda insaf lepas tahu ibu sakit

Seorang pemuda dari Kelantan yang mesra disapa Amin pernah berdepan dengan kisah silam yang amat tragis sehingga dipandang hina oleh masyarakat.

Hijrah pemuda dari pondan kepada lelaki sejati

Berkongsi cerita kepada mStar, dia sebelum ini telah mengambil langkah yang salah apabila nekad ingin menukar dirinya menjadi perempuan walaupun tahu keputusan tersebut adalah tak wajar malah dilarang agama.

"Saya tak segan nak cerita sebab saya betul-betul dah berhijrah. Sekarang, dah dua tahun saya tinggalkan dunia itu."

"Cukuplah dengan dosa yang saya lakukan, tak sanggup lagi nak hidup dalam keadaan macam tu."

-Amin-

Naluri perempuan sejak kecil

Menurut Amin, naluri untuk menjadi seorang perempuan telah wujud sejak dari kecil lagi apabila kakak-kakaknya gemar memakaikannya barangan wanita.

Hal itu, kemudian mendorong dia untuk kekalkan naluri tersebut sehinggalan berada di bangku sekolah sehingga berani mengambil pil hormon untuk besarkan payudara.

"Sampai satu tahap saya ambil pil hormon dengan niat untuk besarkan payudara. Tindakan drastik ini pun atas pengaruh rakan-rakan juga."

"Saya tak malu langsung untuk mengaku diri saya seorang perempuan dan menukar nama kepada Alish."

-Amin-

Nekad berubah sejak tahu ibu sakit

Bagaimanapun, setelah sekian lama dihimpit dengan kejadian tersebut akhirnya Amin mengambil keputusan untuk berubah selepas deberitahu tentang keadaan ibunya yang jatuh sakit.

"Ketika umur 20 tahun, saya dapat tahu ibu pengsan secara tiba-tiba dan ketika itu saya takut sekiranya tak dapat meminta ampun jika terjadi apa-apa kepadanya."

"Ketika itu keluarga kata ibu sakit disebabkan saya. Ibu memang sakit darah tinggi dan tak boleh terlalu tertekan."

-Amin-

Dalam pada itu, dia juga meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana menjentik hatinya untuk berubah sebelum di tersasar lebih jauh.

Selain itu, dia juga tidak mahu keluarganya terkena tempiasnya dihina masyarakat akibat daripada keputusan yang dibuat untuk menjadi seorang perempuan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen