"Saya tak salahkan Ustaz Ebit..." -Nadir Al-Nuri tegur organisasi team Ebit Lew masuk Gaza

Satu demi satu isu berkenaan dengan keberangkatan kumpulan Ebit Lew ke Gaza bagi menjalankan misi bantuan kemanusiaan terbongkar sekaligus dikupas lebih terperinci.

Nadir Al-Nuri kongsi kisah perjalanan Ebit Lew

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh pemilik akaun Tiktok 'puteranordanish1' memaparkan penjelasan dari Nadir Al-Nuri yang merupakan satu-satunya rakyat Malaysia di sana terhadap kronologi sebenar disebalik kisah perjalanan Ebit Lew memasuki bumi Gaza.

 

Pada awalnya, dia menerima panggilan daripada Ustaz Ebit Lew untuk meminta bantuan sekaligus ingin mengetahui prosedur untuk memasuki Gaza memandangkan pada ketika itu perjalanannya terhalang atas beberapa faktor.

"Ustaz Ebit ada contact saya tanya macam mana nak masuk Gaza tapi tak lama lepastu mesej saya dia tak balas, tahu-tahu ustaz Ebit dah masuk Gaza..."

"Niat tu dah betul, tapi mungkin team Ebit Lew boleh lebih terorganisasi..."

"Saya tak salahkan Ebit Lew..."

-Nadir-

Bantu perkasakan ekonomi Gaza

Selain itu, Nadir turut meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak NGO di Malaysia dikejar netizen berhubung bantuan yang disalurkan sekaligus membandingkan bahawa bantuan yang disumbangkan oleh mereka adalah lebih elok jika menerusi Ebit Lew secara langsung dan terus kepada mereka di Gaza.

"Sebenarnya, boleh salurkan sumbangan sahaja tanpa ke sini memandangkan pelbagai risiko yang akan dilalui nanti antaranya adalah perlu melalui beberapa 'checkpoint Mesir' dan juga di dalam Gaza nanti..."

"Saya pun tak tahu secara spesifik barang yang diberi, tapi rasanya semua barang tersebut ada dalam Gaza. Selain tak perlu berdepan dengan risiko kita juga dapat membantu mereka dalam memperkasakan ekonomi negara ni dengan membeli barangan tersebut dari dalam Gaza sahaja..."

-Nadir-

Umum sedia maklum tentang pergolakan yang berlaku di bumi Palestin pada akhir Ramadan sebelum ini. Tak dinafikan ramai yang berganding bahu membantu mereka dari segi pelbagai aspek termasuklah menghantar wakil dari Malaysia ke sana bagi menyantuni penduduk selain menghulurkan sumbangan.

Bagi yang sering mengikuti perkoembangan semasa Ebit Lew pasti tahu kesukaran yang dialami oleh pasukannya untuk memasuki Gaza sehingga akhirnya mereka berjaya meneruskan misi bantuan tersebut.

Bagaimanapun, siapa sangka banyak kisah yang cuba dikupas oleh pihak tertentu di sana berhubung perjalanan Ebit Lew yang kini masih mendapat perhatian wargamaya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen