"Terima kasih Hot FM..." Fizie dan Mark Adam pula umum undur diri dari Hot FM

Dalam setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Meskipun sukar untuk memutuskan tetapi semuanya adalah bersesuaian dengan rancangan Allah dan sebagai manusia kita perlu teruskan hidup.

Begitulah yang kini dilalui oleh penyampai radio saluran Hot Fm apabila dua orang penyampai radio di segmen Geng Pagi Hot (GPH) iaitu Fizie dan Mark Adam mengumumkan salam undur dirinya daripada stesen radio berkenaan.

'Setelah hampir 10 tahun..."

Perkara itu telah dimuat naik oleh Fizie di laman Instagram beserta kapsyen ringkas dengan ucapan 'Selamat Tinggal'.

 

 

Dia yang bernama Mohd Hafizie Roslan atau amat mesra dengan panggilan Fizie akui berat hati ingin meninggalkan konti tersebut selepas hampir 10 tahun berkhidmat sebagai penyampai radio.

"Hari ini merupakan satu tarikh yang takkan dapat saya lupakan..."

"Terima kasih jadi pendengar yang mendengar celoteh saya setiap pagi, jadi sebahagian daripada hidup saya..."

-Fizie-

'Terima kasih banyak ajar saya...'

Di kesempatan itu, Mark Adam turut memuat naik hantaran di Instagram yang memaklumkan berita undur dirinya daripada segmen GPH.

 

Meskipun hanya berkesempatan menjadi DJ untuk beberapa bulan tetapi dia berterima kasih atas peluang yang diberi.

"Terima kasih Hot Fm, banyak mengajar saya sampai Bahasa Melayu saya semakin lancar..."

"Saya sangat bertuah diberi peluang dalam kerjaya ini..."

-Mark Adam-

Bagi yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa stesen radio Hot FM pasti tahu bahawa sebelum ini mereka baru sahaja kehilangan dua orang penyampai radio yang mana kedua-duanya adalah daripada segmen yang sama, GPH iaitu Shuib dan Shuk setelah masing-masing selesai kontrak sebagai penyampai radio.

Belum cukup setahun, mereka mengumumkan satu lagi khabar tentang kehilangan dua orang lagi penyampai radio kegemaran ramai iaitu Mark Adam dan Fizie.

Apapun terima kasih diucapkan atas khidmat semua DJ yang sentiasa menjadi penghibur kami, selamat maju jaya buat kalian di luar sana.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen