Cinta cara orang lama, tiga bulan berkenalan melalui anak menantu wanita kini bahagia di sisi suami

Oleh: Zuzu Yasmine

Usia bukan penghalang untuk membina satu rumah tangga bahagia bersama insan baru. Apa yang lebih penting tentunya keikhlasan antara satu sama lain dalam membina hubungan tersebut.

Terutama buat mereka yang sudah meningkat usia, mencari seseorang sebagai peneman di hari tua juga digalakkan apabila tinggal bersendirian dan anak-anak pula sudah mula berkeluarga sendiri.

Seperti kisah wanita ini apabila perjalanan bertemu pasangan hidupnya diceritakan kembali oleh anaknya yang turut bahagia melihat kegembiraan ibunya.

10 tahun tak berteman

Berdasarkan video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @zzianazamzuri ini, menyatakan bahawa ibunya sudah 10 tahun hidup tanpa teman dan tidak menyangka bahawa wanita berkenaan akan bertemu jodoh di usia ini.

Cinta cara orang lama

Menurut @zzianazamzuri, perkenalan ibunya bersama pasangan begitu singkat iaitu selama tiga bulan dan itu pun melalui perantaraan anak menantu serta telefon.

Selepas berkenalan, pasangan ini membuat keputusan untuk disatukan di Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Perlis dalam satu acara yang cukup ringkas pada 17 Julai 2021 lalu.

Lebih menarik lagi apabila selesai sahaja majlis, pasangan ini memandu kereta secara asing-asing untuk pulang ke rumah suami di Kedah.

Sentiasa doakan kebahagiaan

Sebak akan berpisah dengan ibunya, @zzianazamzuri berjanji akan menjaga rumah ibunya dengan baik selain turut mendoakan kebahagiaan wanita tersebut.

Cinta tak kenal usia

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira melihat kebahagiaan pasangan ini. Dalam pada itu rata-rata mereka mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen