10 Ciri-Ciri Lelaki Sejati [Gaya Muslim].

Satu frasa yang telah lama dipinggirkan adalah istilah yang popular, “Lelaki Sejati”.

Dilabel sebagai “Lelaki Sejati” telah dilihat selama-lamanya sebagai pujian muktamad yang seorang lelaki boleh beri kepada lelaki lainnya dan, untuk dilihat sebagai lelaki sejati telah dianggap sebagai matlamat utama untuk dicapai oleh seluruh populasi lelaki.

Tetapi, apakah makna sebenar “Lelaki Sejati“?



Dalam sesetengah kelompok masyarakat di barat, pencapaian ini diukur dari segi berapa banyak alkohol yang seseorang itu boleh minum tanpa berhenti mengambil nafas, atau bertahan untuk muntah setelah minum banyak minuman keras. Sebilangan pula menganggap lelaki sejati dinilai bergantung kepada berapa banyak pergaduhan yang dia telah sertai dan memenanginya, walaupun sebab pergaduhan tersebut adalah benar-benar bodoh dan hina. Satu lagi definisi lelaki sejati dalam sejarah adalah bergantung kepada tegapnya tubuh seorang lelaki itu, tidak kira bagaimana cara dia melakukannya.

Sesetengah masyarakat melabelkan seseorang sebagai lelaki sejati bergantung kepada berapa banyak wang dimilikinya, atau berapa banyak pengalaman seksual yang dia lalui. Dengan mengabaikan sama ada wang yang diperolehi dengan cara positif atau tidak, dan mengabaikan hati-hati wanita yang dilukainya yang bersetuju untuk menjadi sebahagian dalam senarai teman tidurnya. Menangkap bola ragbi, mejaringkan goal bola sepak… Saya yakin ada banyak lagi. Beberapa hari yang lalu saya telah membaca satu artikel di dalam AskMen.com yang menyediakan senarai 10 ciri-ciri seorang lelaki sejati.

Ya, saya tidak fikir bahawa blog perlu dipandang secara serius kerana ia adalah sebahagian dari perspektif bersifat mafioso. Walaupun begitu, saya fikir ianya adalah satu konsep yang baik untuk mendalami akan definisi sebenar “Lelaki Sejati” ini. Saya pasti senarai 10 terbaik adalah penting kerana apa yang menjadikan seseorang itu lelaki sejati tidak digubal oleh mana-mana golongan manusia biasa. Pengisytiharan “Lelaki Sejati” yang boleh diterima adalah daripada kata-kata Maha Pencipta, Allah (Tuhan) manusia itu sendiri, dan telah diamalkan oleh seorang lelaki yang tanpa ragu-ragu lagi adalah lambang lelaki sejati, Nabi Muhammad SAW. Hanya dengan membaca tentang kehidupan manusia, perjuangan Baginda dan perihal sifatnya yang mendalam, tiada seorang pun di dunia ini boleh dilabelkan sebagai lelaki sejati lebih daripada Baginda. Jadi, tanpa berlengah-lengah lagi, berikut adalah sepuluh ciri-ciri seorang lelaki yang sejati:



Ciri 1: Lelaki Sejati Suka Membaca.

Betul, seperti mana perut anda perlu kerap diisi dengan makanan, minda anda juga perlu kerap diisi dengan ilmu pengetahuan. Terdapat banyak cara untuk menimba ilmu akan pelbagai perkara berbeza namun satu cara yang pasti untuk ianya melekat didalam otak anda adalah melalui pembacaan.

(Nota pantas: Jika anda adalah seorang lelaki sejati, anda tidak akan mengeluh membaca ciri yang pertama ini. ) Dan tidak, saya tidak mengatakan bahawa membaca akhbar, atau Twitter anda atau mesej Facebook anda diambil kira. Itu BUKANlah membaca yang sebenarnya. Itu bukan bacaan lelaki sebenar. Saya bercakap mengenai buku-buku.

Seorang lelaki membaca buku. Buku boleh menyelamatkan dia daripada membuat kesilapan bodoh, buku-buku yang boleh memberi inspirasi kepadanya untuk bangkit dari kemalasan dan berbuat sesuatu. Meskipun Nabi Muhammad SAW sendiri buta huruf, namun baginda menjadikan ia keutamaan yang tinggi untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan terdapat banyak hadis di mana baginda menyebut akan kepentingan nilai tinggi mendapatkan ilmu.

Sesetengahnya termasuklah: “Pena (Pengetahuan) adalah lebih kuat dari pedang” dan “Dia yang keluar mencari ilmu, kepada dia Tuhan tunjukkan jalan ke Syurga”. Seorang lelaki sejati tidak berhenti mencari ilmu selagi jantungnya masih berdegup.

Ciri 2: Lelaki Sejati Adalah Lelaki Yang Memiliki Fokus.

Merujuk kepada ciri diatas, seorang lelaki yang memiliki pengetahuan, dapat membezakan apa yang penting dan apa yang sampah dan membuang masa. Seorang lelaki sejati tidak akan hanyut dalam bunyian lonceng yang cantik atau wisel kehidupan yang tidak membawa apa-apa faedah sebenar kepadanya. Apabila seorang lelaki sejati mengenal pasti sesuatu yang cuba mengalih perhatiannya, dia akan terus bergerak. Lelaki sejati sedar mengapa dia berada di atas muka Bumi ini, bahawa dia hanya hidup sementara dan dia perlu melakukan apa yang patut untuk menempah tiket ke Syurga. Seorang lelaki sejati memberi tumpuan kepada apa yang penting: memperbaiki diri, mencari nafkah untuk keluarganya dan mempersiapkan dirinya untuk masa hadapan. Seorang lelaki sejati hidup bersandarkan kata-kata Nabi Muhammad SAW,

“Hiduplah di dunia ini sebagai musafir atau orang asing.”, dimana ianya bermakna jangan mudah terjebak dengan mainan dan godaan dunia kerana ianya hanya sementara.

Baginda tidak pernah leka dan membuang masa. Jangan biarkan sesuatu perkara itu menghalang anda untuk menuju ke destinasi sebenar yang anda ingin tujui. Seorang lelaki sejati menguruskan masanya dengan bijak dan mengaturnya sebaik mungkin untuk kerja-kerjanya, keluarganya, dan Penciptanya. Kekal fokus dan lakukan apa yang perlu dilakukan, kerana pada akhirnya tiada siapa akan dapat menjamin kehidupan anda.



Ciri 3: Lelaki Sejati Adalah Lembut Tetapi Tegas.

Seorang lelaki sejati mengakui bahawa dia adalah insan berakal, bukannya binatang. Lelaki sejati bercakap dengan lembut dan tidak perlu berteriak dan menjerit untuk didengari atau mendapatkan poinnya diterima. Lelaki sejati tidak mengajak kepada pergaduhan, memulakan masalah atau “bertindak kasar” di hadapan orang lain bagi menunjukkan dia seorang lelaki yang gagah. Apabila berhadapan dengan masalah, dia akan cuba untuk mengelak daripada pergaduhan dengan cara yang bertamadun sekali. Lelaki sejati bukan juga lelaki tak guna. Hanya kerana dia tidak meninggikan suara atau cuba menakut-nakutkan orang lain, tidak bermakna dia mudah dipijak orang. Jika dia memiliki masalah yang menganggu fikirannya, dia akan memperdengarkannya.

Lelaki sejati mengamalkan kesabaran. Seorang lelaki sejati mengawal kemarahannya seperti singa yang dikurung di dalam sangkar. Sudah tentu dia boleh membuka pintu tersebut pada bila-bila masa dan membebaskan amarahnya, namun dia tahu terdapat lebih kehormatan dan maruah dalam menahan sabar. Menggunakan penumbuk adalah pilihan PALING terakhir miliknya. Rasullullah SAW bersabda,

“Dia tidak kuat dan perkasa, melemparkan orang ke bawah, tetapi dia adalah yang kuat menahan dirinya dari marah.”

Di samping itu baginda juga berkata,”Berurusan dengan lembut dengan orang lain dan jangan berlaku kasar, hiburkan mereka dan jangan mengutuk.” Seorang lelaki sejati hidup dengan kata-kata ini.

Ciri 4: Lelaki Sejati Mengutamakan Keluarganya.

Seorang lelaki sejati menyedari kepentingan keluarganya dan melakukan sedaya-upayanya untuk menjadi ahli penyumbang dalam keluarga. Seorang lelaki sejati memelihara dan melindungi. Seorang lelaki sejati menyedari bahawa anak-anak adalah rahmat daripada Allah SWT dan melayan mereka sebaiknya dan membesarkan mereka menjadi insan berguna. Seorang lelaki sejati MEMILIKI MASA bersama keluarganya dan tidak mengabaikan mereka kerana kerja atau urusan peribadinya. Seorang lelaki sejati merupakan tulang belakang kepada keluarganya dan tidak mempunyai masa untuk menjadi lemah. Seorang lelaki sejati tidak sekadar menjaga rumah tangganya sahaja malahan menjaga keluarga di mana dia membesar bersama. Dia menghormati ibu bapanya sebaik mungkin, terutamanya ibunya. Dia rajin menghubungi ahli keluarganya yang lain mengekalkan hubungan mesra dengan mereka. Dia baik kepada adik-beradik dan saudara-maranya. Seorang lelaki sejati berusaha untuk menjadi bapa, saudara, anak dan suami yang baik dan bekerja keras untuk menjadi yang terbaik. Nabi Muhammad SAW pernah berkata,

“Sebaik-baik kamu ialah orang yang terbaik kepada keluarganya sendiri, dan aku adalah orang yang terbaik di antara kamu terhadap keluargaku.”

Ciri 5: Lelaki Sejati tidak Memfitnah/ Memaki/ Mengumpat.

Seorang lelaki sejati menutup mulutnya jika dia tidak ada apa-apa untuk dibicarakan. Seorang lelaki sejati, apabila dia mendengar yang lain cuba memburukkan yang lainnya tidak kira samada mereka tahu atau tidak, lelaki sejati akan menyuruh mereka berdiam atau beredar dari situ. Lelaki sejati akan berkata begini dalam situasi sedemikian,

“Hey, saya tidak suka apabila orang lain memburukkan saya dibelakang saya, jadi awak semua tidak harus memburuk-burukkan seseorang seperti tu”.

Seorang lelaki sejati menjaga lidahnya kerana apa yang diperkatakannya boleh menyusahkannya kelak atau di masa akan datang. Seorang lelaki sejati tidak akan membincangkan perkara yang dia tidak tahu atau orang yang dia tidak pernah kenali. Seorang lelaki sejati tidak memaki untuk kelihatan “cool” dan memilih kata-katanya dengan bijak kerana dia boleh menjelaskan poinnya tanpa perlu melemparkan cacian dan makian. Seorang lelaki sejati mengiktiraf hadis yang mengatakan,

“Kebanyakan orang yang berada dalam api neraka berada di sana kerana mereka tidak dapat mengawal lidah mereka.”

” Dalam al-Quran, Allah menyatakan bahawa dia telah memberikan manusia “dua bibir dan satu lidah”, jadi bibir boleh mengawal lidah.
[Surah Al Balad, 9]

Ciri 6: Lelaki Sejati Mengotakan Janjinya.

Kata-kata seorang lelaki adalah jaminannya. Jika dia tidak boleh menyimpan janji, maka dia adalah seorang penipu. Seorang lelaki sejati boleh dipercayai dan tidak menipu orang lain. Dia tidak menggunakan perkataan ‘insyaAllah’ sebagai permainan kata-kata. Dia tidak melanggar perjanjian dan malahan membayar balik hutangnya. Seorang lelaki sejati tahu bahawa kata-katanya adalah berkuasa seperti mana juga tindakannya, dan mereka perlu dikawal sebaik-baiknya. Seorang lelaki sejati tidak mengatakan, “saya akan cuba” jika dia tidak ingin berusaha melakukannya. Samada dia lakukan atau tidak, dan jika dia tidak boleh melakukannya, katakan dia tidak dapat melakukannya. Tidak perlu malu untuk mengatakan anda tidak dapat melakukan sesuatu untuk orang lain, atau anda sendiri akan terperangkap kelak. Sekurang-kurangnya anda boleh bersikap jujur tentang sesuatu hal itu dan bukannya membiarkan orang lain berharap kepada anda dan anda mengecewakan mereka akhirnya.

Apa kata al-Quran mengenai perkara ini?

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. “
[Surah Saff, 2-3]

Dari kata-kata ini, lelaki sejati tahu bahawa menunaikan janji adalah sesuatu yang serius dan bukan untuk dipermain-mainkan.



Ciri 7: Lelaki Sejati Menghormati Semua Wanita.

Seorang lelaki sejati tidak akan semena-mena “berteriak” kepada orang perempuan. Seorang lelaki sejati tidak duduk bersama kawan-kawan lelakinya dan bercerita betapa seksinya seseorang gadis itu dan terngiur apabila membicarakan tentang bentuk tubuh dan ingin memilikinya. Seorang lelaki sejati tidak melayan wanita seperti buffet. Seorang lelaki sejati mendapatkan ISTERI, bukan teman wanita dan dia melakukannya melalui jalan yang sah. Jika seorang lelaki sejati berminat akan seorang perempuan, dia akan menemui ibubapa si gadis untuk menyatakan niatnya, seperti di zaman-zaman dahulu kala. Seorang lelaki sejati menurunkan pandangannya apabila wanita cantik berjalan di hadapannya.

Seorang lelaki sejati mengekalkan perbualan dengan wanita secara pendek, mesra dan tepat kepada maksud dan tidak membiarkan ianya meleret lebih jauh kepada menggoda dan, fikiran kotor boleh datang di dalam kepala. Jika seorang lelaki sejati berkahwin, dia kekal setia dan tidak melebarkan pandangannya di tempat lain – termasuklah di dalam TV, internet dan majalah. Seorang lelaki sejati menghormati isterinya, tidak kira di mana berada. Seorang lelaki sejati tidak mengangkat tangan untuk memukul isterinya walau atas apa sebab sekalipun. Seorang lelaki sejati tidak menunjukkan kelemahan isterinya dan melayani isterinya seperti warganegara kelas kedua. Seorang lelaki sejati melayan setiap wanita (yang bukan isterinya) yang berhubung dengannya dengan penuh hormat seperti mana dia melayan ibu dan saudara perempuannya.

Ciri 8: Lelaki Sejati Memastikan Rumahnya Kemas dan Teratur.

Berlawanan dengan kepercayaan popular, seorang lelaki sejati tidak akan membiarkan tempat tinggalnya sesak dan dalam keadaan tidak kemas. Tidak ada pinggan mangkuk yang tidak bercuci di sinki, tidak ada seluar yang terhampar di atas sofa, dan tidak ada sampah yang terbiar di atas lantai.

Seorang lelaki sejati adalah ketua kepada kawasannya andai dia hidup membujang, kerana jika tidak, lebih baik dia kembali kepada ibunya dan mendapatkan sedikit nasihat berguna sebelum dia ingin mendapatkan seorang isteri.

Betul! Seorang lelaki sejati MELAKUKAN KERJA-KERJA RUMAH, meskipun isterinya ada di sisi.

Dia juga akan mencuci pinggan mangkuk jika ianya memerlukan pembersihan, membuang sampah, membasuh pakaiannya sendiri, menyeterika pakaiannya, dan menjadi tukang masak dari semasa ke semasa.

Jika anda belum mencapai tahap itu, lebih baik anda bermula dari sekarang. Nabi Muhammad SAW kerap melakukan kerja-kerja rumah dan melakukan kebanyakan kerja-kerja itu sendiri seperti menetapkan kasutnya, mencuci pakaiannya dan lain-lain lagi.

Berhenti daripada menggunakan alasan anda sebagai lelaki dan lakukan kerja anda, bersihkan tempat anda, aturkan dokumen-dokumen anda dan bersihkan diri anda sendiri.

Ciri 9: Lelaki Sejati Menguruskan Wangnya Sendiri.

Seorang lelaki sejati bukanlah badan amal yang menerima kebajikan. Dia tidak mendapatkan bantuan wang daripada ibubapanya atau kawan-kawannya. Seorang lelaki sejati tidak berpuas hati dengan cek kebajikan. Dia akan keluar di luar sana, melakukan sesuatu dan menjadi yang terbaik di situ. Samada menjadi CEO di syarikat anda sendiri atau menyapu jalan raya dengan penyapu, anda perlu menjadi yang terbaik di dalam kerja yang anda pilih dan berikan dedikasi 100%. Apabila anda mulai memiliki sedikit wang, anda tidak akan berbelanja besar seperti orang bodoh.

Anda akan melakukan budget untuk perbelanjaan anda dan menyimpan untuk saat-saat kecemasan. Seorang lelaki sejati tidak akan membeli apa yang dia tidak mampu beli. Seorang lelaki sejati bergantung sepenuhnya pada diri sendiri dari kerja keras yang dilakukan, dan kepercayaan kepada Allah SWT, yang memberi rezeki kepadanya. Berbanding menjadi badan amal yang menerima jasa baik orang lain, seorang lelaki sejati memberi kepada badan amal dan apa-apa usaha yang baik. Melainkan dia ingin menyelamatkan dunia dengan sendirinya tanpa mendapatkan bantuan orang lain, dia harus menyokong orang lain yang berada dalam landasan serupa dengannya.

Nabi Muhammad SAW pernah berkata bahawa adalah lebih baik bagi seorang lelaki untuk mengambil tali dan mengumpulkan beberapa kayu di belakangnya untuk dijual kemudian, berbanding keluar mengemis untuk mendapatkan wang. Begitu juga anda harus lakukan untuk menjalani hidup yang jujur dan memberi kembali dan Allah akan membukakan pintu rezeki buat anda di sini dan di akhirat kelak.

Ciri 10: Lelaki Sejati Sedar Bahawa Dia Sedang Diuji.

Seorang lelaki sejati tidak merengek, menangis dan mengadu apabila hidup tidak berjalan seperti yang diinginkan. Dia tidak bermuram, berkurung dalam rasa kasihan akan diri sendiri dan menceritakan segala kesusahan yang berlaku kepada dirinya kepada orang yang ingin mendengar.

“Kenapa saya?” tidak ada di dalam perbendaharaan kata seorang lelaki sejati. Seorang lelaki sejati membuat keputusan dan dan mengambil tanggungjawab penuh dengan apa yang berlaku. Seorang lelaki sejati menunjukkan rasa terima kasih dan bersyukur.

Dia amat bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira ianya besar atau kecil. Dia hidup dengan apa yang telah diberikan kepadanya. Dia tidak merasa cemburu melihat orang lain kerana dia tahu dia memiliki lebih dari itu.

Seorang lelaki sejati sedar bahawa dia memiliki kelemahan dan mengawal kelemahannya tanpa membiarkan dirinya dimamah oleh kelemahan tersebut. Ini kerana seorang lelaki sejati tahu akan makna hidup ini. Seorang lelaki sejati tahu bahawa dia sentiasa diuji dan sebarang keputusan yang dilakukan akan memberi kesan samada negatif atau positif di penghujungnya, apabila dia berhadapan dengan Maha Pencipta di hari penghakiman kelak. Seorang lelaki sejati hanya menangis apabila bersendirian kepada Tuhan-nya dan meminta kepada-Nya keampunan dan keselesaan. Seorang lelaki sejati melakukan yang terbaik dalam apa sahaja yang dia lakukan dan apabila kehidupan seperti tidak berpihak kepadanya, dia menerimanya dengan tenang kerana al-Quran berkata,

“Dengan kesusahan datang mudah.”
[Surah Ash-Sharh, 5-6]

Seorang lelaki sejati tahu bahawa akan selalu ada turun naik dalam kehidupan dan penurunan yang muktamad adalah kehidupan yang akan datang jika dia jatuh kedalam api neraka dan kenaikan yang muktamad adalah jika dia ditawarkan tempat di Syurga untuk merasai ketenangan dan kesenangan yang abadi. Di akhirnya, kita semua cuba untuk mengejar tempat yang sama, dan seorang lelaki sejati tahu bahawa dengan Islam, dia memiliki panduan, dia mendapat jalan yang lurus dan dia tahu apa yang dia perlu lakukan untuk berada di sana. Semua yang lain hanyalah penghalang di dalam perjalanannya.

Kesimpulan.

Jadi, apakah yang kita pelajari pada hari ini? Mudah-mudahan, kita telah belajar bahawa kita semua mempunyai beberapa kerja yang perlu dilakukan sebelum kita boleh menganggap diri kita sebagai seorang lelaki yang sejati, terutamanya seperti lelaki berkaliber, Nabi Muhammad SAW. Saya meletakkan senarai 10 ciri-ciri ini bersama-sama dengan mengetahui bahawa saya tidak memiliki sifat-sifat ini sepenuhnya dan ia mungkin akan mengambil seluruh hidup saya sebelum saya yakin untuk mengatakan bahawa saya memenuhi semua keperluan ini. Tetapi sifat-sifat ini tidak mustahil untuk dikecapi. Apa yang diperlukan adalah sedikit usaha. Orang bijak pandai pernah berkata bahawa, intipati kelelakian adalah apabila seorang lelaki mencapai puncak peranannya. Dengan pertolongan Allah, kita dengan selamatnya boleh mencapai puncak itu. Akhir kata, seorang lelaki sejati akan berkongsi dengan orang lain.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen