Berang ditegur tak pakai 'mask', lelaki keluarkan kata-kata kesat siap beri ugut lagi

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki membuat kecoh di sebuah gerai nasi lemak kerana didakwa tidak memakai pelitup muka.

Berang ditegur tak pakai ‘mask’

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter, memaparkan seorang lelaki bertekak dengan lelaki lain dipercayai kerana ditegur tidak memakai pelitup muka.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan terletak di ibu kota, Kuala Lumpur.

Awalnya, seorang pelanggan lelaki datang dan ingin membeli makanan di gerai tersebut namun, lelaki berkenaan tidak memakai pelitup muka dan ditegur oleh peniaga tersebut. Namun, lelaki berkenaan terus meninggikan suara dan jawab dengan kasar.

Malah, seorang pemuda berbangsa Cina datang yang turut pelanggan cuba untuk ‘backup’ peniaga berkenaan dan hingga keadaan menjadi sedikit kecoh.

Tidak mahu sebarang masalah timbul, peniaga berkenaan meredakan keadaan dan meminta lelaki berbangsa Cina itu untuk berundur.

Harap PDRM dapat kesan

Sehubungan itu, rata-rata warganet berharap agar pihak polis mengambil tindakan terhadap individu tersebut kerana dipercayai tidak mematuhi SOP yang ditetapkan. Malah, warganet turut geram akan sikap individu yang dirasakan pentingkan diri.

Orang macam ni liat pula

Pentingkan diri betul

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen