Tak puas hati barisan dipotong semasa menunggu, pemandu teksi langgar teksi lain hingga remuk

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebuah video tular di media sosial melibatkan insiden pelanggaran kereta yang dipercayai berlaku di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Difahamkan, kejadian tersebut berpunca disebabkan rasa tidak puas hati sesama pemandu teksi dipercayai kerana memotong barisan menunggu penumpang di kawasan tersebut.

Stress hilang pendapatan

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna laman Twitter dikenali sebagai @rahzamdy, memaparkan kereta Iswara berwarna putih telah memandu dengan laju sebelum melanggar beberapa buah kereta di situ.

Menurut @rahzamdy, pemandu teksi berkenaan dikatakan dalam keadaan tertekan kerana hilang punca pendapatan susulan pandemik melanda negara ini.

Tiada kemalangan jiwa

Bagaimanapun, dikatakan tiada kemalangan jiwa yang berlaku di tempat kejadian malah semua yang terlibat telah dibawa ke IPD Kota Kinabalu bagi tujuan siasatan.

Ramai susah, ramai terkesan

Sehubungan itu, rata-rata warganet bersimpati akan kejadian tersebut selain turut memahami rasa tekanan yang dialami oleh pamandu teksi berkenaan disebabkan wabak Covid-19.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen