"This for you..." -Lepas dikecam pilih vaksin, Ifa Raziah syukur akhirnya dapat Pfizer

Sebelum ini kecoh dakwaan membabitkan selebriti Ifa Raziah apabila dia sanggup membatalkan temu janji menerima vaksin selepas mengetahui jenis vaksin yang diterima adalah Sinovac bukan Pfizer.

Selesai terima vaksin Pfizer

Bagaimanapun, menerusi hantaran terbaharunya Ifa Raziah meluahkan rasa syukur apabila selesai menerima suntikan Pfizer untuk dos pertamanya, semalam.

Jelasnya di ruangan kapsyen, video tersebut ditujukan khas buat netizen di luar sana yang sebelum ini terus mengkritik serta menyelar tindakannya berbuat demikian tanpa mengetahui hal sebenar.

"So, warga netizen dan selebriti yang tak habis-habis mencaci hina Miss Diva pasal isu vaksin, this is for you!"

"Tak payahlah nak dengki dan iri hati dengan rezeki orang lain..."

-Ifa Raziah-

Kongsi sebab jarum ditukar

Dalam pada itu, Ifa Raziah turut menjelaskan jenis jarum yang diguna oleh petugas sewaktu memberi suntikan kepada penerima vaksin sebelum ada yang mempertikaikan hal tersebut.

Tambah Ifa lagi, semua orang melalui prosedur yang sama sewaktu menerima suntikan.

"Kau faham tak apa Miss Diva cakap ni? Kata kau bijak pandai takkan tak faham kot..." 

-Ifa Raziah-

Terdahulu, Ifa Raziah diburu netizen susulan tindakannya membatalkan janji temu vaksin.

Bagaimanapun, Ifa Raziah lantas tampil memperjelas keadaan bahawa ianya dilakukan adalah atas nasihat doktor memandangkan dia juga mempunyai masalah kesihatan dan sekaligus menafikan dakwaan dia seorang yang memilih jenis vaksin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen