Tular dakwaan picagari kosong, DS Adham Baba minta penerima vaksin disuntik semula

Sejak kebelakangan ini, tular isu penerima vaksin didakwa terima vaksin dalam keadaan picagari tersebut kosong tidak berisi dan secara tak langsung menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat yang bakal menerima suntikan sekiranya situasi tersebut terjadi kepada mereka.

Penerima vaksin akan terima dos baru

Memetik akhbar Berita Harian, Kementerian Kesihatan iaitu Datuk Seri Adham Baba mengambil maklum kes tersebut dan akan memanggil semula individu berkenaan untuk menerima dos yang baru.

Jelasnya, suntikan itu akan diberikan kepada mereka sekiranya benar-benar terbukti bahawa suntikan yang diterima sebelum ini adalah picagari kosong.

Siasatan dibuat dengan kerjasama PDRM dan ATM

Menurut sumber, antara kes dilaporkan termasuk kejadian pada Sabtu lalu di PPV Pandu Lalu Kem Lapangan Terbang Sungai Petani dan dua lagi dakwaan di PPV MITEC serta PPB Bangi Avenue Convention Centre (BACC).

Untuk makluman, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) memandang berat dakwaan berkenaan dan akan berkerjasama dengan pihak berkuasa, PDRM dan juga ATM bagi menjalankan siasatan terhadap kejadian tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen