Gara-gara baju & tudung sedondon dengan wanita lain, anak keliru mana satu ibu sendiri

Oleh: Zuzu Yasmine

Memakai baju atau tudung yang sama dengan seseorang tidak dikenali sememangnya akan menimbulkan rasa kurang selesa. Walaupun tahu gaya tersebut merupakan gaya terkini yang sememangnya menjadi ikutan ramai orang.

Namun berbeza pula kali ini apabila seorang wanita bertemu dengan wanita lain yang memakai tudung serupanya dengannya hingga menimbulkan kekeliruan anaknya.

Mana satu mak?

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @Adda Zaffali memaparkan anak lelakinya berulang kali melihat seorang wanita di depannya.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah klinik kesihatan ketika wanita berkenaan sedang menunggu giliran bertemu dengan doktor.

Terpaksa panggil anak

Berdasarkan video tersebut, anaknya dilihat berulang kali melihat wanita berkenaan hingga dia terpaksa memanggil anaknya agar datang semula menghampirinya.

Di akhir video, @Adda Zaffali menunjukkan bahawa set warna pakaian dia dan wanita di hadapannya serupa hingga membuat anaknya kebingungan yang mana satu ibunya.

Pernah ‘terboria’ juga

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur akan kejadian yang tidak disangka-sangka itu, selain turut berkongsikan pengalaman yang hampir sama dengan wanita tersebut.

Mak ke bukan

Tudung sama baju sama

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen