Kantoi sorok dalam bonet, hasrat warga asing ingin rentas negeri berjaya digagalkan

Oleh: Zuzu Yasmine

Hasrat ingin merentas negeri tiga orang pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia berjaya digagalkan apabila ditahan polis di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Feri, Hutan Melintang.

Menerusi laporan Astro Awani, ketiga-tiga indivdiu tersebut menyorok di bahagian bonets sebuah kereta bagi menggelakkan dari disedari oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun, warga Indonesia berusia 18, 32 dan 36 tahun itu ditahan bersama pemandu kereta sewa yang juga seorang lelaki warga tempatan berusia 36 tahun sekitar pukul 6 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, polis menahan kereta jenis Perodua Bezza yang dalam perjalanan menghala Hutan Melintang itu selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, pemeriksaan ke atas kereta itu menemui tiga lelaki berkenaan berbaring dalam keadaan berhimpit di bahagian bonet.

“Semakan mendapati lelaki-lelaki warga asing itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.

“Kesemua mereka dalam perjalanan dari Sabak Bernam melalui Hutan Melintang ke Batu Gajah untuk mencari kerja sebagai tukang kebun,” ujarnya.

Berdasarkan siasatan, lelaki warga tempatan itu bertindak sebagai pemandu untuk menghantar warga asing berkenaan dengan bayaran RM100 seorang.

Difahamkan mereka bertiga ingin ke Batu Gajah kerana mahu mencari pekerjaan sebagai tukang kebun.

Tambahnya, keempat-empat lelaki itu juga tidak mempunyai sebarang dokumen surat rentas negeri yang sah dan tindakan itu merupakan kesalahan di bawah Peraturan 16 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.

Sehubungan itu, lelaki warga tempatan berkenaan ditahan reman empat hari untuk siasatan di bawah Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki membawa dan melindungi warga asing.

“Tiga lelaki Indonesia itu pula direman selama 14 hari untuk siasatan di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah,” jelasnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen