Sebak lihat dua beranak tolak motor rosak di tengah panas, pemuda hulur bantuan dipuji netizen

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini tular akan sebuah video memaparkan tindakan pemandu kenderaan pacuan empat roda membantu seorang lelaki yang sedang menolak motosikal dipercayai kerana mengalami kerosakkan.

Tolak motosikal bersama anak

Video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Ku Nazrey yang memaparkan pemandu pacuan empat roda itu berhenti dan menumpangkan penunggang motosikal tersebut di bahagian belakang kenderaannya bersama motosikal.

Lebih menyentuh hati apabila penunggang itu tidak keseorangan dan dia dipercayai bersama seorang kanak-kanak perempuan yang diletakkan di dalam bakul motosikal ketika menolak motosikal dalam cuaca panas.

Jauh dari orang

Rakaman video berdurasi 23 saat itu juga memaparkan kawasan lelaki tersebut menolak motosikalnya jauh dari perumahan ataupun bengkel yang boleh baiki motosikalnya itu.

Difahamkan, pemandu pacuan empat roda itu kemudiannya menghantar kedua-dua mereka sehingga ke rumah.

Video yang dikongsi oleh pengguna Facebook itu telah mendapat lebih 1,300 tanda suka dan dikongsi lebih 100 kali.

Terima kasih kerana membantu

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar pemuda tersebut dimurahkan rezeki dan berterima kasih kepadanya.

Malah turut mendoakan agar dua beranak tersebut dipermudahkan urusan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen