Nak ziarah kubur di pagi raya, lelaki dikompaun RM2,000

Memetik akhbar Berita Harian, polis telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM2000 kepada seorang lelaki berusia 21 tahun selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan ziarah kubur, semalam.

Lelaki dikompaun RM2000

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol iaitu Superitendan Hoo Chang Hook, lelaki terbabit ditahan oleh pasukan khas pematuhan SOP fasa satu perintah kawalan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) sekitar jam 11.40 pagi di Tanah Perkuburan Islam FELDA Palong 12 dan 13.

"Berikutan menziarah tanah perkuburan tidak dibenarkan, lelaki itu dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN)."

"Kompaun dikeluarkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawal Penyakit Berjangkit 1988."

Untuk makluman, lelaki terbabit datang ke kubur bersama dengan dua orang anak saudaranya dengan tujuan untuk menziarah.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen