Tiba-tiba bunyi letupan, Taliban lepaskan 3 roket ketika jemaah solat Aidiladha

Penduduk sekitar Kabul, Afghanistan semalam berdepan detik cemas apabila terdengar bunyi letupan bom ketika mereka sedang berjemaah menunaikan solat Hari Raya Aidiladha di kediaman Istana Presiden Afghanistan.

Berlaku lepas umum gencatan senjata

Menurut sumber, Kementerian Dalam Negeri berkata sebanyak tiga roket telah mendarat di kawasan sekitar yang mana pada ketika itu waktu tempatan adalah sekitar jam 8 pagi.

Susulan insiden, laporan mendedahkan bahawa serangan tersebut berlaku beberapa jam selepas rundingan gencatan senjata antara Taliban dan pemerintah Afghanistan di Kabul, walaupun terdapat 15 bantahan.

Keselamatan negara merosot

Dalam pada itu, sumber memaklumkan bahawa kejadian itu berlaku ketika keselamatan negara merosot sementara Taliban memperoleh keuntungan di seluruh negara yang mana beberapa buah daerah di luar bandar telah jatuh dan kini dikendalikan oleh Taliban.

Bagaimanapun, setakat ini tiada kecederaan dilaporkan susulan insiden terbabit.

Rakaman sekitar kediaman Istana Presiden Afghanistan

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen