Bapa urut dada ibu dilihat cemas, lelaki cuba 'provok' polis direman empat hari

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam tular akan video memaparkan seorang lelaki yang dipercayai tidak berpuas hati selepas dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka di sebuah stesen minyak.

Tidak puas hati dengan tindakan pihak polis, lelaki berkenaan didakwa sengaja membuat provoksai kepada pegawai polis yang bertugas.

Polis datang rumah

Terbaru, tular pula video lelaki berkenaan dipercayai  telah ditahan pihak polis di kediamannya malam tadi atas kesalahan menghalang penjawat awam bertugas.

Bagaimanapun, dalam video yang tular itu, lelaki berkenaan sekali lagi dilihat cuba membuat provokasi terhadap pihak polis apabila meminta pengenalan diri salah seorang pegawai polis yang mengarahkannya membuka pintu grill.

Ibu cemas, ayah urut dada

Rakaman video tersebut juga memaparkan ibunya yang dilihat cemas selepas kehadiran pihak polis malah bapanya juga dilihat mengurut dada sambil merayu agar anaknya memberi kerjasama terhadap pihak polis.

Selepas ibu bapanya ditenangkan, barulah suspek keluar dari rumah tersebut dan ditahan di IPD Petaling jaya.

Suspek direman 4 hari

Susulan itu, Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah reman empat hari terhadap lelaki berkenaan bagi membantu siasatan kes provokasi polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fahkrudin Abdul Hamid berkata, reman terhadap suspek berusia 29 tahun itu bermula hari ini sehingga Sabtu depan.

"Polis memohon reman daripada Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi ini," katanya, hari ini.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 188, 504, 505 (b) Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen