Isu teguran dari Nadir Al-Nuri, netizen tunggu penjelasan dari Ebit Lew pula

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial akan konflik yang berlaku diantara Ustaz Ebit Lew dan juga Caprice.

Sehubungan itu, hari ini tular pula akan pendedahan yang dilakukan oleh seorang aktivis di Gaza iaitu Nadir Al Nuri Kamarulzaman, yang merupakan Presiden Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM).

Pendedahan ‘jelas’ tak ada emosi

Pendedahan yang dibuat di Telegram oleh Nadir sendiri nampaknya mengejutkan ramai pihak terutama netizen.

Bahkan ada juga yang memuji akan tindakan aktivis di Gaza itu kerana bersikap matang dan pendedahan tanpa melibatkan emosi.

Netizen nantikan penjelasan dari Ebit Lew

Tidak mahu memihak pada sesiapa, netizen mula menantikan penjelasan dari pendakwah bebas itu akan beberapa isu yang dikaitkan.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan di laman Twitter, rata-rata netizen ternanti-nanti akan penjelasan dari Ustaz Ebit Lew, malah mereka turut meluahkan rasa kebimbangan sekiranya ada ‘plot twist’ yang tidak diuga.

Harap berbaik-baik

Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat agar perkara ini diselesaikan secara senyap-senyap dan kedua-duanya berdamai dengan baik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen