“Alhamdulillah saya dah contact abang tu..." -Bekas pemain Kedah bantu bayar kompaun lelaki ziarah kubur

Oleh: Zuzu Yasmine

Hari ini tular akan kisah seorang lelaki kenakan kompaun RM2,000 kerana melakukan aktiviti ziarah kubur sempena Aidiladha di Jempol, semalam.

Susulan itu, bekas pemain pertahanan Kedah, Azmeer Yusof menawarkan diri untuk membantu lelaki berkenaan bagi menyelesaikan kompaun yang dikenakan.

Perkara tersebut dikongsikan dilaman Facebook bekas pemain Kedah yang memohon bantuan orang ramai sekiranya mempunyai maklumat berkenaan individu tersebut.

Bagaimanapun, bekas pemain berusia 31 tahun itu telah memaklumkan bahawa dia telah berjaya ‘menjejaki’ lelaki berkenaan beberapa jam selepas itu.

Menurut Azmeer, dia menghubungi lelaki berusia 21 tahun itu sekaligus memaklumkan akan hasratnya untuk menyelesaikan perkara tersebut dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah saya dah contact dengan abang yang kena saman tu. Sekarang ni abang tu dalam perjalanan ke pejabat kesihatan. InsyaAllah sebentar lagi selesai segalanya.

“Terima kasih kepada semua yang tolong cari abang tu dan mendoakan. Semoga kita semua dirahmati Allah SWT,” tulisnya.

Abang berterima kasih

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook bernama Syafiz Huzairi yang mengamu abang kepada lelaki berkenaan turut berterima kasih kepada orang ramai yang ingin membantu adiknya.

Malah dia yang menulis dengan loghat ‘Nogori Sombilan’ itu turut menjelaskan bahawa ziarah ke kubur yang dilakukan adiknya itu tidak jauh dari rumahnya.

“Kesian adik den sorang nie kono kompaun.. ziarah kubur arwah ayah ehh yang dio sendiri tak sempat nak jumpo.. pastu bawak pulak anak buah ehh ziarah kubur arwah omak ehh..

“Rumah dekat je, bukan rentas daerah pun.. sejengkal yo umah ehh dari kubur.. haihh apo pun tunggu keputusan KKM untuk kompaun.. alhamdulillah ramai yang nak tolong,” katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen