Caprice tak jadi buat 'live', Ebit Lew pula bakal dedahkan kebenaran pada jam 12 esok

Oleh: Zuzu Yasmine

Kecoh petang tadi akan laporan polis yang dilakukan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi akan beberapa tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Caprice tak jadi buat live

Susulan itu, menerusi perkongsian di IG story penyanyi rap, Caprice memaklumkan bahawa pihaknya tidak jadi membuat live IG berkenaan pendedahan disebalik misi kemanusiaan team Ebit Lew ke Gaza sebelum ini.

Dalam kapsyen yang dinyatakan, Caprice telah meminta maaf kepada semua kerana tidak dapat membuat live IG seperti yang ditunggu-tunggu sebelum ini.

“Minta maaf guys, ade orang sudah buat laporan polis dan Caprice tak dapat buat live 10pm malam ini. InsyaAllah the truth will be revealed by itself.” tulisnya.

Ebit Lew akan dedahkan kebenaran

Sehubungan itu, menerusi laman Facebook Ebit Lew pula, beliau menyatakan bahawa segala pendedahan dan penjelasan oleh pihaknya akan dilakukan di live media sosialnya pada 12 tengah hari esok.

Akui telah biasa difitnah, Ebit Lew turut meluahkan rasa reda akan ujian tersebut selain menyerahkan semuanya kepada Allah.

“Doakan yer esok pukul 12 tengah hari saya akan live menjawab kepada semua fitnah yang melampau dan langsung tak berasas terhadap saya.

“Saya bersyukur pada Allah kerana dia Maha Baik dan Maha Besar. Saya cuma orang biasa dan pendosa. Syukur direzekikan dapat menjadi sebahagian kecil usaha kasih sayang ini. Saya diajar untuk tidak menjawab dan bergaduh dari kecil,” jelasnya.

Sama-sama kita nantikan penjelasan dari Ustaz Ebit Lew akan kemelut yang melanda pihaknya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen