"Berdamailah, Allah sayang hamba-Nya." -Netizen seru tiga figura pilih jalan berdamai

Susulan kontroversi yang kini menghimpit pendakwah, Ebit Lew selepas kepulangannya dari Gaza bagi menjalankan misi bantuan, satu demi satu kebenaran cuba didedahkan berhubung perjalanannya dan pasukan yang terlibat semasa di sana.

Hal itu jelas sekali menjadi perhatian wargamaya sehingga hari ini dan secara tak langsung akhirnya kes tersebut menjadi campur tangan pihak polis.

Setuju dengan pencerahan Shiekh Muszaphar

Bagaimanapun, seorang pengguna Twitter yang menggunakana nama @Izni_Zainal telah memuat naik satu hantaran di platform tersebut yang memaparkan kenyataan daripada Dr Shiekh Muszapahr berhubung isu yang sedang tular ini.

 'Mereka hanya perlukan ubatan...'

Dalam hantaran tersebut, Sheikh Muszapahr yang juga sebelum ini merupakan salah seorang sukarelawan di Palestin tampil berkongsi pengalamannya semasa keberadaannya di sana.

"Ramai dalam kalangan mereka tak nak kita semua ke sana...Apa yang mereka perlukan hanyalah ubatan, peralatan hospital dan juga makanan..."

-Sheikh Muszaphar-

'Gaza tempat menakutkan'

Tambahnya, keadaan di sana menakutkan dan peluang untuk masuk ke sana adalah dengan keizinan Allah memandangkan Gaza amat sesak dipenuhi jentera keluar masuk.

"Buatlah demi Allah, bukan nama atau maruah. Buatlah dengan seikhlas hati...In shaa Allah semuanya dipermudahkan."

-Shiekh Muszaphar-

'Pencerahan menyentuh hati'

Meninjau pula ke ruangan komen, rata-ratanya amat tersentuh dengan penulisan Sheikh Muszaphar yang penuh dengan nasihat dan harapan agar semua pertelingkahan tersebut dalam dileraikan.

 

'Betul, semua dengan izin Allah'

Dalam pada waktu yang sama, ruangan komen turut dipenuhi dengan respon netizen berkenaan dengan isu yang terkait pada masa ini. Amat besar harapan mereka agar pihak yang terlibat memilih jalan untuk berdamai.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen