Berat hati nak basuh baju anak, rupanya bagi tanda dia nak 'pergi'

Luluh hati seorang ibu apabila cahaya mata yang dinanti-nanti selama hampir 7 tahun pergi menghadap penciptanya akibat masalah kesihatan melibatkan salur penafasan.

7 tahun penantian

Bercerita lanjut kepada mStar, wanita yang ingin dikenali sebagai Atikah akui masih terkesan dan sedih dengan ujian yang menimpanya dan keluarga. Jelasnya, segala memori bersama arwah anak keduanya yang diberi nama Yusof Mikael.

"Yusof seorang anak yang pandai. Bila bangun pagi dia akan gelak tengok kita. Dari lahir sampailah ke akhir hayat, suami saya yang banyak jaga dia ."

-Nurul Atikah-

'Berat hati nak basuh baju anak'

Selain itu, apa yang membuatkan Atikah tak sangka adalah apbila rasa berat hatinya ingin mencuci pakaian anaknya selepas selesai sesi fotografi ternyata memberi maksud tersirat.

"Suami saya jenis tak suka ambil gambar, tapi tiba-tiba kami terfikir nak photoshoot. Saya pun secara spontan nak kami sekeluarga pakai baju putih."

"Empat hari sebelum Yusof meninggal, saya ada nak cuci baju dia. Tapi saya fikir kalau basuh, hilang pula baunya. Tiada lagi kenangan."

"Saya macam dah boleh rasa. Tapi saya fikir balik tak elok ada perasaan macam tu. Jadi saya basuh juga. Saya anggap perasaan pada waktu itu mengarut sahaja."

-Nurul Atikah-

Bagaimanapun, Atikah tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk bersama dengan si bongsu sebelum anaknya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pulau Pinang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen