Lepaskan rindu, ayah gigih kirim bungkus buah untuk anak cucu sama rata

Meskipun kerinduan yang jauh dapat diubati dengan teknologi canggih seperti telefon dan juga perjumpaan secara maya (video call) mana mungkin sama rasanya dengan bertemu secara dua muka. Selain terasa lebih dekat, kita juga dapat merasai satu moment yang berbeza.

Kirim buah tangan untuk anak cucu

Begitulah juga yang dirasai oleh pengguna Tiktok dengan menggunakan nama Shopeeka ini, namun apa yang dibuat oleh bapanya bagi merawat rindu pada 5 orang anaknya benar-benar meruntun hati.

 

Perkongsian video oleh Shopeeka menyaksikan detik-detik apabila bapanya membungkus hasil buahan kampung dan juga asam keping buatan sendiri kepada anak-anaknya.

'Tersentuh hati tengok part timbang' 

Selain sebak mengenangkan nasib si bapa, rata-rata netizen akui kagum dengan layanan sama ratanya dengan anak-anak di saat melihat cara bapanya menimbang buah rambutan untuk dimasukkan ke dalam kotak agar masing-masing peroleh jumlah timbangan yang sama.

 

'Moga ayah diberi kesihatan'

 

'Sebak teringat arwah ayah'

Anda masih keseorangan?

936,383 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen