"Segala perbelanjaan ke Gaza guna duit saya.." - Ustaz Ebit Lew jawab persoalan, luah sedih 'dicaci' netizen

Oleh: Bella Bahrin

Seperti yang dijanjikan oleh pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew, hari ini beliau telah mengadakan IG Live yang ditonton oleh 300,000 ribu penonton. 

Dalam keadaan tenang, Ustaz Ebit Lew telah menjawab persoalan daripada netizen yang didakwa telah memberikan cemuhan dan fitnah terhadap dirinya.

 

"Segala wang ke Gaza menggunakan duit saya sendiri..."

Ustaz Ebit Lew menjawab bahawa segala wang yang digunakan ke Gaza adalah menggunakan duit peribadinya, dan dia menafikan bahawa dia ada membuka Tabung Kemanusiaan Ke Gaza. 

"Kenapa biadap kepada wakil Malaysia sewaktu masuk ke Gaza?"

Menjawab pertanyaan ramai kepada Ustaz Ebit Lew bersikap biadap kepada wakil Malaysia ke Gaza dan tidak menegur wakil Malaysia, Ustaz Ebit Lew menjawab bahawa beliau dan pasukannya berada di bas selama 21 jam, dan dia terpaksa bergegas untuk berehat dan ingin menunaikan solat jamak. 

"Saya tak benarkan sesiapa untuk membuat live semasa misi bantuan dilakukan."

Ustaz Ebit Lew juga menjawab semasa misi bantuan dijalankan kebiasaannya pasukannya tidak membenarkan sesiapa membuat live kerana ingin menjaga perkara yang tidak diingini. 

Kenapa bantuan tidak dibeli di Gaza, kenapa perlu beli di Mesir?

Ustaz Ebit Lew menyatakan bantuan yang diberikan kepada rakyat Gaza ada dibeli di Gaza dan juga di Mesir. Namun dia menjelaskan duit matawang yang digunakan di Gaza adalah dalam matawang Israel.

"Saya tak kenal syarikat HALA.."

Ustaz Ebit Lew juga menegaskan dia tidak mengenali dan terlibat dalam syarikat HALA seperti yang dipersoalkan oleh aktivis Nadir Al-Nuri. 

Penjelasan oleh Ustaz Ebit Lew telah dijawab di IG Live olehnya yang disiarkan secara langsung pada jam 12.30 tengah hari. 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen