"Alhamdulillah dan tahniah..." -Bantuan Ebit Lew selamat tiba di Gaza

Memetik laporan akhbar Kosmo, sumbangan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang dibeli di Cairo, Mesir telah berjaya memasuki Gaza, Palestin pada hari raya pertama Aidiladha.

Misi bantuan Ebit Lew selamat tiba di Gaza

Perkara tersebut telah diberitahu oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia iaitu Muhammad Nadir Al-Nuri, semalam.

Ulas beliau, barangan tersebut tiba bersama-sama 300 tan bantuan lain sekaligus menjawab persoalan mengenai barang-barang bantuan dari Ebit Lew yang sebelum ini dikatakan telah disekat dari memasuki Gaza.

"Ada kawan kongsikan post (kemas kini) yang sumbangan Ebit Lew yang dibeli di Cairo telah masuk pada hari raya pertama bersama 300 tan bantuan lain."

-Nadir Al Nuri-

'Buat apa nak dengki dan iri hati'

Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa syukur di atas bantuan tersebut sekaligus menafikan dakwaan dan spekulasi orang ramai memaklumkan bahawa Nadir mempunyai sifat dengki atas bantuan-bantuan tersebut.

"Alhamdulillah dan tahniah. Ini yang kita mahukan, maklumat tentang bantuan yang disampaikan . Buat apa nak dengki dan iri hati sebab bantuan ini akan sampai kepada jiran saya, malah mungkin kaum kerabat saya sendiri, di sini."

-Nadir Al-Nuri-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen