Tiba-tiba terkait isu Ebit Lew, Neelofa akan 'contact' Caprice minta penjelasan

Oleh: Zuzu Yasmine

Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba nama selebriti Neelofa turut di dalam sidang media yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew tadi hingga menjadi perbualan netizen.

Ebit Lew nafi bawa lari dokumen

Dalam penjelasan yang panjang lebar oleh pendakwah terkenal itu, Ebit Lew menjawab tuduhan Caprice yang mendakwa pihaknya membawa ‘lari’ dokumen misi kemanusiaan yang sepatutnya disertai oleh beberapa selebriti dan pihak tertentu.

Sehubungan itu, Ebit Lew menafikan dakwaan tersebut malah menyatakan bahawa dia tidak membuat perancangan dengan sesiapa untuk pergi ke Gaza.

Neelofa akan hubungi Caprice

Tidak mahu namanya dikaitkan akan isu tersebut, Neelofa turut meninggalkan komen diruangan IG live Ebit Lew yang memaklumkan bahawa hal tersebut tidak benar dan meminta agar tidak dikaitkan dengan isu tidak berasas.

Malah, pihaknya juga meminta agar tidak mengaitkan nama ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed memandangkan nama tersebut turut menjadi sebutan.

Neelofa turut bercadang akan menghubungi penyanyi rap berkenaan dan menanyakan mengapa dia mengaitkan nama orang lain dalam isu berkenaan.

Sebelum ini, Caprice ada memuat naik satu tangkapan skrin berkenaan mesej yang mendakwa Ustaz Ebit Lew membawa lari dokumen misi kemanusiaan yang sepatutnya disertai oleh beberapa selebriti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen