"Rilek je muka UEL, tak ada muka emosi pun..." - Netizen puji cara penjelasan Ebit Lew

Oleh: Zuzu Yasmine

Hari ini tepat jam 12.40 tengahari, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew membuat sidang media dan bersiaran langsung di beberapa platform media sosial miliknya.

Umum tahu bahawa sidang media tersebut merupakan penjelasan mengenai beberapa tohmahan yang diterima olehnya sejak bermulanya misi kemanusiaan ke Gaza.

Dalam sidang medianya, beliau memaklumkan bahawa dirinya masih menghormati individu-individu yang terlibat walaupun penjelasan dan kata-kata mereka telah mengguris hatinya.

Malah sidang media tersebut juga adalah jawapan daripada soalan-soalan yang menjadi teka teki netizen serta penulisan dari aktivis di Gaza iaitu Nadir Al-Nuri.

Tenang je jawab soalan

Penjelasan yang dibuat oleh Ebit Lew nampaknya diterima ramai bahkan turut memuji akan tindakan beliau yang dikatakan tenang serta memberi penjelasan yang mudah difahami.

 

“Semoga ustaz dan keluarga terus kuat”

Malah, menerusi komen media sosial miliknya juga memaparkan kata-kata semangat buat Ebit Lew sekaligus mendoakan agar pihaknya dipemudahkan segala urusan.

Dalam pada itu netizen turut bersimpati akan nasib yang terpaksa dilalui oleh pendakwah tersebut memandangkan beliau baru sahaja kehilangan bapa tersayang.

Di Facebook pula

 

"Minta maaf ustaz"

Sidang media yang dilakukan secara live tersebut telah mendapat lebih 300,000 tontonan yang rata-rata ingin dengar penjelasan dari Ebit Lew sendiri.

Diharapkan, rakyat telah jelas dengan apa yang berlaku dan perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen