Fazura berhijab sepenuhnya, Fattah Amin luah rasa syukur

Oleh: Zuzu Yasmine

Tumpang gembira akan penampilan terbaru isterinya, penyanyi dan pelakon, Fattah Amin meluahkan rasa syukur dan mengakui bahawa isterinya yang juga aktres, Nur Fazura kini telah berhijab sepenuhnya.

Tak berhenti berdoa

Menerusi laporan Kosmo! Online, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin mengakui dia sering berdoa agar isterinya mengubah penampilan kepada menutup aurat sejak mereka berkahwin empat tahun lalu.

“Alhamdulillah, itu sahaja yang boleh saya katakan mengenai penampilannya. Sebagai suami, penampilan Muslimah itu yang sentiasa saya doakan selama ini.

“Sekarang, dia pun sudah bertudung,” kata aktor berusia 31 tahun itu.

Nak bawa Fatima pergi Zoo

Berkongsi kegiatannya ketika ini, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu lebih banyak menghabiskan masa di rumah menjaga anaknya Nur Fatima Aisya terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan.

Katanya, selepas berakhirnya pandemik, dia ingin membawa anaknya berusia sembilan bulan itu melawat zoo memandangkan Fatima hanya terperap di rumah sejak lahir.

“Tempat pertama yang saya teringin bawa Fatima adalah zoo. Sebabnya saya selalu bacakan buku tentang haiwan kepadanya…

“…tetapi dia sendiri tidak tahu bunyi atau bentuk sebenar haiwan-haiwan kerana tidak pernah melihatnya secara depan-depan,” ujarnya.

 

Untuk makluman, Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 selepas digandingkan dalam drama bersiri, Hero Seorang Cinderella.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen