Hidang rendang itik dan pulut kuning, peserta dari Malaysia buat Katty Perry tak henti makan

Salah seorang peserta Masterchef Australia, Poh yang mewakili Malaysia telah membawa kelainan dalam hidangannya untuk disajikan kepada juri dan juga juri jemputan, Katty Perry pada musim tersebut.

Respon 'Mat Salleh' makan rendang itik

Dia yang sudah lama menetap di Australia telah memilih pulut kuning dan rendang itik untuk menu pada minggu tersebut dan bagi yang tertanya-tanya respon keempat-empat juri 'Mat Salleh' itu sesudah menikmati rendang tersebut, pengguna Tiktok yang hanya ingin dikenali sebagai Juju telah berkongsi babak-babak mereka.

 

Teruja nikmati rendang

Rata-ratanya cukup teruja menikmati rendang tersebut, Poh yang sebelum itu kelihatan cemas mula menarik nafas lega lebih-lebih lagi apabila melihat respon juri jemputan yang tak keruan menikmati rendang tersebut sehingga secara tak langsung menari tanpa sedar.

 

Terima respon positif

Selain itu, dia juga mampu tersenyum lebar apabila hidangan renda itiknya mendapat respon yang positif dari mereka seterusnya berpeluang mara ke pusingan seterusnya.

Tahniah Malaysia

Meninjau pula ke ruangan komen, rata-ratanya cukup teruja dengan persembahan Poh dengan membawa masakan tradisi dalam pertandingan tersebut meskipun sudah sekian lama menetap di luar negara.

 

'Tak berhenti makan'

'Bangga dengan Malaysia'

Anda masih keseorangan?

963,297 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen