"Penerima vaksin boleh record video suntikan mereka." - Khairy Jamaluddin

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini tular isu berhubung dakwaan pemberian vaksin kosong oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Sehubungan itu, Menteri Penyelaras  Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin memberi kebenaran untuk penerima merekodkan gambar atau video ketika menerima suntikan vaksinasi.

 

Katanya, perkara tersebut dilakukan bagi memastikan setiap penerima mempunyai bukti kukuh mendapat kadar vaksin yang sempurna.

"Untuk tidak berlaku apa-apa keraguan, saya telah mengarahkan pertamanya seperti biasa kita pastikan SOP sedia ada untuk (petugas kesihatan) tunjuk penerima vaksin picagari sudah diisi kuantiti (vaksin) sempurna sebelum suntikan.

"Kedua, kebenaran dari saya dan Menteri Kesihatan, kalau ada arahan tidak diberikan kemudahan ini, penerima vaksin boleh video penerimaan suntikan mereka.

"Anda boleh rakamkan video diri anda menerima vaksin, jadi anda dan kami mempunyai bukti kukuh bahawa vaksin yang sempurna telah diberikan," jelas Khairy.

Menurutnya, kebenaran itu diberikan agar tidak menganggu perjalanan program PICK ketika ini sekaligus memberi semangat dan sokongan kepada petugas kesihatan yang perlu dijaga.

"Saya mahu anda (petugas kesihatan) tahu, bahawa saya sentiasa ada di belakang anda. Ini cuma satu atau dua kes kecuaian manusia, ia tidak boleh menyebabkan segala susah payah dan kerja keras anda semua tidak bermakna.

"Terima kasih semua petugas barisan hadapan," jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian Program PICK bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba di Putrajaya pada Jumaat.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen