"Saya okey je..." - Diminta tampil jelas isu RM20 juta, Nadir minta netizen bertenang

Nama Nadir Al-Nuri terus menjadi sebutan susulan soalan yang dikemukakan oleh Ustaz Ebit Lew, semalam menerusi sesi live yang dibuat oleh pendakwah itu bagi memperjelaskan segala dakwaan ke atasnya berhubung misi bantuan kemanusiaan di Gaza.

Menerusi live tersebut, Ebit Lew pula bertanya kepada Nadir mengenai sumbangan rakyat Malaysia sebanyak RM20 juta yang disalurkan kepada Nadir bagi misi bantuan kemanusiaan Gaza.

'Rilex guys, saya okey je'

Bagaimanapun, Nadir menerusi IG Story telah memuat naik sekeping gambar beserta kenyataan yang meminta agar orang ramai bertenang dan semuanya akan dikupas lebih lanjut dalam waktu terdekat.

Hal ini adalah kerana dia tidak mempunyai kekangan waktu memandangkan masih sibuk menguruskan projek sembelihan korbannya di sana.

'Semuanya ada hitam putih'

Dalam pada itu, dia juga kelihatannya masih tenang berdepan situasi tersebut sekaligus akui bahawa segala urusan melalui NGO ada hitam putih (bukti).

"Saya okey je, kita kerja NGO ni semua ada hitam putih tak ada problemlah..."

-Nadir-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen