Nampak macam kepala berdarah, ingat didera majikan rupanya ada 'plot twist'

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika ini tentunya ramai yang teruja menanti hari janji temu untuk mengambil suntikan vaksin. Mana tidaknya, ramai yang sudah tidak sabar untuk memutusakan rantaian Covid-19 yang sudah diharungi selama dua tahun ini.

Berkongsi pengalaman mengambil suntikan vaksin Covid-19, seorang pengguna Facebook menceritakan detik lucu yang dialami oleh ibunya saat pergi mengambil suntikan tersebut.

Separuh jalan warnakan rambut

Menurut Thian Siew Kim, dia kagum melihat semangat ibunya yang ingin pergi ke pusat vaksin hingga sanggup meninggalkan sesi mewarnakan rambut.

Bukan membatalkan sesi tersebut sebaliknya, ibunya pergi dengan rambut yang basah kuyup serta pewarna merah masih jelas kelihatan.

Awalnya ibunya memberitahu akan tarikh dan waktu untuk divaksinasi, dan sebagai anak dia mendesak ibunya pergi ke PPV dengan segera.

“Ibu sedikit sangsi, adakah dia boleh datang ke PPV dengan rambut separuh siap. Namun, adik saya telah meredakan keadaan tersebut dan menyatakan bahawa suntikan vaksin di lengan bukannya di kepala,” kongsinya.

Yakin akan jawapan yang diberikan oleh Thian, ibunya segera bersiap untuk hadir ke PPV dan ditemaninya walaupun dalam keadaan rambut yang separuh siap.

Ingat ibu didera

Keadaan menjadi lucu apabila ibunya disoal siasat oleh petugas kesihatan yang bertugas kerana menyangka dia dipukul kerana kelihatan seperti berdarah ketika itu.

“Petugas di PPV siap periksa ibu lagi sekiranya dia mengalami sebarang luka. Mereka semua sangat baik dan siap bertanya kepada saya mengenai keadaan ibu.

“Mereka turut mengesyaki bahawa saya bukan anak perempuannya dan ingin melihat apakah nama keluarga saya sama dengan nama keluarga yang diambilnya ketika ibu berpindah ke Malaysia dan berkahwin.

“Saya juga disyaki sebagai majikan yang telah mendera pembantu rumah hingga kepalanya berdarah,” jelasnya.

Sehubungan itu, perkongsian itu telah mendapat lebih 27,000 tanda suka dan 16,000 ‘shares’. Malah, rata-rata warganet terhibur perkongsian tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen